Tuesday, 29 April 2008

Bila April :)

26 April 2008. Matahari memancarkan sinarnya menyelaputi seluruh pelusuk alam ciptaan Allah. Hari ini bukan seperti hari-hari sebelumnya. Aku dan beberapa sahabat berhajat untuk menyertai 'Cycle for Gaza, Walk for Gaza' yang dianjurkan oleh Islamic Relief. Setibanya kami di Blackweir, beberapa orang lelaki, wanita dan kanak-kanak telah pun berada di situ. Selesai pendaftaran, kami tak melepaskan peluang untuk bergambar. Jadi budak rempit aku arini :P Tapi kami merempit dengan beskal aje. Merempit pun bukan untuk suka-suka, ada tujuan dan ada matlamat tau. (mungkin gelaran budak rempit tu tak sesuai...so, aku tukarlah - budak cemerlang). Makin lama matahari semakin terik...manusia yang datang pun makin ramai...

"Aish...bile nak start ni??", aku bermonolog seorang diri. "Kaki nih dah gatal nak kayuh beskal", aku bermonolog lagi.



Hari ini aku melihat basikal bergelimpangan.
Di Palestin sana, mayat-mayat yang bergelimpangan.


Lebih kurang pukul 12 tengah hari, barulah acara dimulakan dengan ucapan seorang wanita...sape die arr?? Aku luper lah...aku rase die Mayor kot...Pastu dia adalah 'membebel' sket2...die kata situasi kat Palestin makin teruk skarang ni. Elektrik tak ada, kehidupan memang susah. Sebaliknya kita kat sini bersenang lenang pasang laptop 24/7. Lampu ngan heater pasang ikut suka, pembaziran memang berleluasa...dan macam-macam lagi. (ni aku tambah sendiri, bukan Mayor tu cakap). Memang kene kat muke sendiri...Pastu ada wakil Islamic Relief plak yang bagi ucapan. Kata-kata dia yang paling aku ingat ialah: Sape-sape yang berjalan kaki atau berbasikal hari ini, mungkin akan berasa susah. Tapi ingatlah bahawa kesusahan anda itu tiada apa-apa jika dibandingkan dengan nasib penduduk Palestin. (aku tak ingat exact words dia...tapi lebih kurang macam tulah bunyiknye).

Tak lama lepas tu...
countdown dimulakan dan aku dan sahabat-sahabat terus mengayuh basikal kami ..opss sori...basikal yang dipinjam (Credits to pemilik2 beskal). Kayuh punya kayuh aku dah terasa semput...Inilah padah nya lama sangat berhibernasi...Beruang kutub pun hibernate masa winter je. Aku ni dari winter ke spring sampai ke summer pon asek hibernate aje...Ape kejadah nye semua ini?? (aku pinjam ayat pengacara Edisi Siasat). Tapi, lepas tu aku ok lah...



Pemandangan di sepanjang perjalanan merentasi Taff Trail.

Selepas beberapa lama mengayuh...aku ternampak destinasi tujuan kami iaitu Castell Coch atau dlm Bahasa Inggeris dipanggil
Red Castle. Walaupun dah nak sampai, keadaan geografi yang berbukit-bukit menyebabkan aku terpaksa turun dan menolak basikal yang dinaiki. Sampai je kat castell tu aku terkebil-kebil...hadoi...curam giler bukit nih...bak kata sahabat aku...ni Incredible Hulk je boleh naik atas ngan beskal ni. Silap ari bulan Hulk tu pun instead of jadi kale ijau terus jadi kale biru. Dalam kepayahan menaiki bukit tu, sampai gak kami di 'puncak gunung yang tertinggi di dunia'. Edmund Hillary ngan Tenzing pun kalah ni...diorang tak tolak beskal macam kitorang :P Setelah bergambar seround dua, aku ngan sahabat-sahabat pun bertolak balik ke tempat permulaan. Balik senang sket..sebab turun bukit. Pastu, bila dh settle sume, kami pun balik ke rumah dengan seribu kenangan...hehehe...Begitulah berakhirnya kembara kami dengan basikal...



Inilah Castell Coch yang kitorang pergi aritu. Castell ni kecik je.
Lagi kecik daripada Cardiff Castle dan castle kesukaan aku iaitu Caerphilly Castle.

Sebenarnya, cerita aku ni tak de ape-ape sangat. Cuma yang aku nak sampaikan kat sini adalah tentang tahap kepekaan kita terhadap naseb umat Islam di Palestin khususnya dan di seluruh dunia. Bila difikir-fikir balik, aku tertanya-tanya...apa sumbangan aku untuk sedara Islam aku kat Palestin? Untuk umat Islam di Afghanistan?? Untuk umat Islam di Malaysia. Setakat derma-derma, pastu lupe pada mereka yang memerlukan...Kalau Allah tanya kat akhirat nanti...ape aku nak jawab??? Dan aku teringat pada kata-kata seorang ustaz bahawa Islam ini bukan dicemarkan oleh golongan kuffar, sebaliknya, orang Islam yang lebih banyak mencemarkan agama Islam itu sendiri. Golongan non-Muslim sudah pastilah mereka tidak tahu / tidak diberitahu / tidak mahu percaya dengan kewujudan Allah. Jadi, kita yang Muslim ni lah sepatutnya harus memperkenalkan siapa Allah kepada mereka. Peringatan untuk diri aku juga...yang tak pernah berusaha mendekati golongan non-Muslim. Ustaz juga ada berkata bahawa sebelum golongan kuffar dicampakkan ke dalam neraka, orang-orang Islam akan dicampakkan dulu dalam neraka. Sebabnya, tidak pernah mengajak orang lain ke arah kebaikan, ke arah Islam. Nauzubillah. Bayangkan...sebelum Firaun yang memang otai tu masuk dalam neraka, kita pulak yang dah ada kat dalam neraka...Nauzubillah...Astaghafirullah...

Ni pendapat beberapa sahabat yang turut sama berbasikal aritu. Kalo diorang tak bagitahu, aku pun tak sedar kewujudan event ni.

"Bagi saya, Cycle 4 GAZA hari tu satu pengalaman yang menarik, sebab first time saya join event macam tu. Waktu saya mintak sponsor untuk event hari tu, ada sorang coursemate saya cakap, dia tak faham apa purpose kita cycle untuk mintak derma. Dia kata, kalau orang derma semata-mata sebab saya nak cycle, (dan bukan untuk tolong Palestinians kat GAZA) macam dah menyimpang daripada tujuan yg sebenarnya. Tapi, bagi saya, event macam ni lagi menaikkan semangat untuk orang menderma...sebab bila kita kutip derma, kita menunjukkan yang kita sendiri telah memberi effort kita sendiri. so...mungkin boleh menggalakkan org lain derma jugak."- I.Y.

"Perjalanan sungguh menyeronokkan...walaupun mengalami kerosakan kecil pada basikal, tapi semangat terus membara untuk meneruskan pengayuhan sehingga ke brek yang terakhir...hehe...pemandangan sangat cantik. Subhanallah...Dari atas Castell Coch tuh lagi cun....rugi woo tak join, dapat sijil lagi tu...Selain menyumbang utk GAZA, dapat berkenal-kenalan dan juga melihat keindahan alam di samping menyihatkan badan." - Saripah



Trofi itu, berada jua dalam genggaman kami...hehehe...

Nota penulis: Catatan ini adalah hasil pemerhatian dan pengalaman penulis. Tiada kaitan dengan mana-mana orang perseorangan atau sebarang organisasi atau badan bukan kerajaan. Corak penulisan adalah berbentuk santai dan terdapat penggunaan kosa kata Bahasa Inggeris dan slanga yang tidak sesuai digunakan dalam penulisan formal. Sebarang komen atau pendapat adalah amat dialu-alukan. Sekian. Harap maklum.

Monday, 28 April 2008

Mari Berdoa

Hari ini kita akan bersama-sama belajar doa keluar dari rumah dan doa masuk ke dalam rumah. Semoga kita sentiasa berada dalam perlindungan Allah s.w.t. pada setiap tempat dan setiap ketika. Insya Allah.

Doa keluar dari rumah

Maksud: Dengan nama Allah aku menyerahkan diriku kepada Allah, tidak ada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah.

Doa masuk ke dalam rumah

Maksud: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Engkau kebaikan memasuki rumah ini dan kebaikan keluar dari rumah ini. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami serahkan diri kami.

Friday, 25 April 2008

reCHARGE


DATE: 27 APRIL 2008 (SUNDAY)

TIME: 11:00-13:30

VENUE: BEVERTON LECTURE THEATRE, MAIN BUILDING, CARDIFF UNIVERSITY

SPECIAL APPEARANCE: USTAZ ANUAR

+ ALL ARE WELCOME +

+ AN EVENT NOT TO BE MISSED +

+ BRING YOUR FRIENDS AND FAMILY +

Thursday, 24 April 2008

Click and Listen :D

Sebahagian daripada Rakaman Kuliah Quran pada 20 April 2008. Tapi, dengar audio je...takde feel sangat (mengikut kata muda mudi zaman sekarang). Masa Kuliah Quran, ada demonstrasi solat dan dapat juga tengok ekspresi muka Ustaz Anuar. Kalau dapat tengok secara live memang lagi best...



Audio: Credits to MY CF10

Nota: Weekend@Cardiff membawa anda ke dunia ilmu tanpa sempadan. Daripada ilmu-ilmu pembacaan Al-Quran, cara-cara bersolat dengan betul, tips-tips menghadapi kehidupan...Insya Allah semuanya ada dalam Weekend@Cardiff...

[Mesej ini dibawakan khas untuk anda oleh MMC]

Wednesday, 23 April 2008

$$ Cerita Tentang Duit $$

Secebis pengetahuan tentang Sistem Kewangan Islam. Salah satu cabang dalam Islam adalah ekonomi. MMC cuba untuk memberikan serba sedikit pendedahan tentang konsep-konsep ekonomi dalam Islam. Jika ada individu yang mahir tentang perkara ini, harap dapat memberi teguran dan tunjuk kepada kami yang baru belajar ini. Selamat Berekonomi !!

Mari Berdoa

Bertemu lagi dalam ruangan Mari Berdoa. Selain masuk ke tandas, menghadap cermin, dan makan, apakah lagi perbuatan yang kita lakukan setiap hari??

Jawapannya: Tidur...ZZZZZZ....

Hari ini kita belajar dan hafal doa sebelum tidur dan selepas bangun daripada tidur. Jangan berangan-angan sahaja sebelum tidur :P

Doa Sebelum Tidur

Maksud: Dengan nama Engkau, Ya Allah, aku hidup dan aku mati

Doa Bangun Daripada Tidur

Maksud: Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah Dia mematikan kami dan kepada-Nya tempat kami kembali.

Monday, 21 April 2008

Mari Berdoa

Baiklah, ini pula doa sewaktu bercermin. Sebelum menghadap muka kat cermin tu, baca doa dulu. Insya Allah, sambil membelek muka akan diberikan ganjaran pahala.


Maksud: Segala puji bagi Allah yang telah meratakan wujud kejadianku, maka diaturkan sebaik-baiknya dan dimuliakan-Nya bentuk rupa mukaku sebagus-bagusnya dan dijadikannya aku ini daripada golongan orang Muslim

Mari Berdoa

Insya Allah, pada kali ini, kita mulakan dengan doa sebelum masuk ke dalam tandas a.k.a. toilet. Tidak dinafikan bahawa tandas adalah tempat yang 'wajib' dikunjungi setiap hari. Oleh itu, marilah kita membaca doa masuk dan keluar daripada tandas. Selain daripada dapat membersihkan diri di dalam tandas, kita juga akan mendapat ganjaran pahala. Insya Allah.

...doa masuk ke dalam tandas...

Maksud: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada segala gangguan syaitan.

...doa keluar dari tandas...

Maksud: Puji-pujian bagi Allah yang telah menyembuhkan aku daripada penyakit dan menyihatkan aku.

Friday, 18 April 2008

Weekend@Cardiff

Aktiviti hujung minggu ini: KELAS AL-QURAN

Kemunculan khas: Al-Fadhil Ustaz Anuar Al-Hafiz

BILE? : 20 April 2008
KUL BRAPE? : 2 p.m. - 4 p.m.
KAT NE? : Darul Isra'
KENE BAYAR KE?: Tiada bayaran dikenakan
ADA MAKAN2 KER?: Hmmm...

MARI KITA DENGAR PENDAPAT ORANG RAMAI TENTANG KELAS QURAN NI

"Kelas Quran ni memang bagus, bukan setakat belajar pasal Al-Quran jer, dapat jugak belajar tentang solat dan lain-lain"
- Gadis Misteri-


"Best giler kelas Quran nih...Rugi woo kalo tak pegi"
- Saripah (bukan nama sebenar) -

JADI, APA TUNGGU LAGI? JOM JOIN KELAS QURAN
"SEMUA DIJEMPUT HADIR"

Pesanan drpd Saripah: Jangan lupa bawak Quran masing2 yer.

Tuesday, 15 April 2008

The Hereafter

Sunday, 13 April 2008

The Humble Plant

The soft morning wind breeze over the evergreen field and kiss my cheeks gently. The soothing sunray mildly diffuse to the atmosphere. Warm and calm.

I hear a short high-pitched sound coming from the chirping birds in the bushes. Chittering and twittering, showing pleasure and joy to each other welcoming the sun of the day.

I heard a continuous low, murmuring sound of babbling water at one side of the field. Crystal clear water running down the stream and the fish are dancing along imitating the water rhyme. Look natural. Sound natural. Very natural.

As I step on the brilliant green colour of the grass, my eyes are rendered to tiny little semalu that horizontally crept on the grass. Wild and scattered. With tender purple, sphere-like, furry flowers and thorny stems. Ugly. Unappealing. Intensely hurt when the thorns sting on feet.

I remember the time when my dad which I called ayah took me to this place. Long time ago when I was only five. Walking hands in hands with dad was a great time. When I first saw this plant on earth, I asked dad, “What is this plant, ayah?” “This is semalu, darling. The humble plant. When you touch it, it will close itself. It’s very shy, not letting anyone to pick it up” he replied with a smile. I love ayah very much.

Suddenly, “Oouucccchhhhh!!!!!!” I stepped on those thorny semalu. Red blood oozed out from my feet. Tears streamed down and flooded my face. “I hate semalu!!! Why do such plants do exist on the world??!!! It’s painful!” I shouted. My dad bent his head, rubbed my shoulders, kissed my cheek and said, “No honey, you must learn from this semalu to be a good girl.” I puzzled, “How? I’m a girl, not a plant.” “Yes honey, this little and humble plant is full of qualities that you can learn in your life. You will realise it one day, girl” expressed dad while his hand carefully covered my wound with his handkerchief.

“Whewwww...” The wind blows my scarf roughly and transported me back to the present. Now I understand my dad’s words. A plant which taught me to be what I am today. Be like semalu; closed when touched, shyness is not a shame. Shyness is pride. Be like semalu; thorns for protection, strength to defend badness. Be like semalu; good roots and not easily blown away by the wind. Strict to own principles and not easily influenced by people.

Time passed by very quickly and now I am no longer a child. Turning to be a young lady and becoming an adult. I had grown up with all of these qualities. Many things had change and one thing that still remains is; I am a girl. A girl who learned to be a woman by appreciating a humble plant called semalu.

Credit to: Mahfuzah Zainol

Doa Selepas Membaca Al-Quran

Ya Allah, rahmati kami dengan Al-Quran, jadikan ia imam kami dan cahaya, petunjuk dan rahmah. Allah ingatkan kami apa yang kami lupa dan ajarkan apa yang kami jahil. Kurniakan kami membaca sepanjang malamnya dan sepanjang siangnya. Jadikan ia perisai kami. Wahai Tuhan seluruh alam.

Thursday, 10 April 2008

Akademi Al-Quran

KELAS AL-QURAN
oleh USTAZ ANUAR

TARIKH : 12 April 2008
WAKTU : 2 p.m - 4 p.m
TEMPAT : Darul Isra'

Sila bawa Al-Quran, Tafsir Al-Quran (jika ada), dan buku catatan

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Marilah kita bersama-sama meraikan Majlis Ilmu di Bumi Cardiff yang tercinta