Malaysian Muslimah Circle in Cardiff
Saturday, 17 May 2008
Friday, 16 May 2008
NAKBAH
6 Dekad Nakbah Kita
NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.
Pencetus penubuhan negara Yahudi
Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis di dalam gagasannya yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Israel) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Zionis di Palestin.
Pemangkin pendudukan haram Yahudi di bumi Palestin
British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa. Dengan angkuhnya deklarasi ini telah menidakkan hak dan aspirasi penduduk bumi Palestin yang sah yang kemudiannya telah diikuti dengan penjajahan Palestin oleh tentera British.
Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.
Tertubuhnya Israel adalah Malapetaka Palestin
Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.
Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.
Antara yang paling kejam ialah tragedi Deir Yassin pada 9hb April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang-orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak. Petugas Palang Merah dan PBB sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak. Dalam serangan itu, wanita-wanita yang hamil telah dibelah perutnya dan dikeluarkan janin dan bayi hidup-hidup dari rahim ibunya. 52 orang kanak-kanak pula telah disiksa di depan ibu bapa mereka, lalu mereka dibunuh dan dipenggal kepalanya.
Peranan umat Islam
Bumi Palestin adalah tanah yang mulia untuk seluruh umat Islam kerana di situlah letaknya Masjid Al Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat, tempat berlakunya peristiwa Isra dan Mi’raj, Tanah Suci umat Islam yang ke tiga yang juga merupakan bumi para Nabi. Isu Palestin bukanlah sekadar isu untuk orang-orang Palestin atau orang-orang Arab sahaja. Bahkan isu ini adalah isu penting yang berkaitan dengan keimanan untuk semua umat Islam di seluruh dunia.
Umat Islam di seluruh dunia seharusnya bersatu memperjuangkan isu Palestin yang merupakan isu induk umat Islam di abad ini. Perselisihan dan perbezaan budaya, geografi, bahasa dan bangsa sudah semestinya diketepikan demi menjayakan misi besar dalam menyelesaikan masalah ini. Negara–negara Islam perlu berani dan ikhlas membantu terutamanya dari segi kemanusiaan setelah ratusan ribu nyawa yang tidak berdosa terkorban dalam krisis yang berlarutan sekian lamanya.
Artikel penuh: iluvislam.com
Tuesday, 13 May 2008
Aku hamba-Mu yang berdosa, Ya Allah,
Hidup dalam limpah kurnia-Mu,
Tidak malu untuk merebut nikmat daripada-Mu,
Tidak terasa hina membelakangkan perintah, suruhan-Mu,
Dalam aku meminta,
Kesyukuran pada-Mu sering ku alpa.
Aku hamba-Mu yang hina, Ya Allah,
Sering merintih, memohon keampunan-Mu,
Sering merayu, meminta kasih-Mu,
Namun, tak pernah aku hadirkan diri untuk-Mu,
Tak pernah aku serahkan hati untuk-Mu,
Tiada tangisan atas dosa-dosa yang menggunung,
Tiada sesalan atas kesalahan, atas kesilapan ku, Ya Allah.
Diri ini sering terlupa,
Akan kuasa yang mampu mengubah segalanya,
Aku manusia jahil, manusia hina,
Hanyut dalam lautan dan godaan dunia,
Tidak ku sedar, diri ini milik-Mu, Ya Allah.
Dalam memohon Rahman dan Rahim-Mu,
Sedikit cuma amalku untukmu,
Ampunkan aku Ya Allah, Ampunkan aku Ya Allah,
Ampunkan aku Ya Allah.
~Hamba Allah yang mencari keampunan-Nya~
"Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua ibu bapa kami, dosa-dosa seluruh umat Islam sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Ya Allah, kami tidak layak masuk syurga-Mu. Namun tak upaya menanggung siksa api neraka-Mu. Terimalah taubat kami Ya Allah dan ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa besar Ya Allah...Ameen."
Hidup dalam limpah kurnia-Mu,
Tidak malu untuk merebut nikmat daripada-Mu,
Tidak terasa hina membelakangkan perintah, suruhan-Mu,
Dalam aku meminta,
Kesyukuran pada-Mu sering ku alpa.
Aku hamba-Mu yang hina, Ya Allah,
Sering merintih, memohon keampunan-Mu,
Sering merayu, meminta kasih-Mu,
Namun, tak pernah aku hadirkan diri untuk-Mu,
Tak pernah aku serahkan hati untuk-Mu,
Tiada tangisan atas dosa-dosa yang menggunung,
Tiada sesalan atas kesalahan, atas kesilapan ku, Ya Allah.
Diri ini sering terlupa,
Akan kuasa yang mampu mengubah segalanya,
Aku manusia jahil, manusia hina,
Hanyut dalam lautan dan godaan dunia,
Tidak ku sedar, diri ini milik-Mu, Ya Allah.
Dalam memohon Rahman dan Rahim-Mu,
Sedikit cuma amalku untukmu,
Ampunkan aku Ya Allah, Ampunkan aku Ya Allah,
Ampunkan aku Ya Allah.
~Hamba Allah yang mencari keampunan-Nya~
"Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua ibu bapa kami, dosa-dosa seluruh umat Islam sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Ya Allah, kami tidak layak masuk syurga-Mu. Namun tak upaya menanggung siksa api neraka-Mu. Terimalah taubat kami Ya Allah dan ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa besar Ya Allah...Ameen."
Wednesday, 7 May 2008
Rakaman Munajat Perdana 040508
Rakaman audio Munajat Perdana yang berlangsung pada 4 Mei 2008, bertempat di Darul Isra'
Credits to MyCF10
Credits to MyCF10
Monday, 5 May 2008
Seuntai Kata Untuk Dirasa
Assalamualaikum semua
Terima kasih atas lamaran untuk menjadi 'pemaju' laman ilmu ini...sungguh terharu..
Sesungguhnya saya sangat tenang dengan jalinan ukhwah yang terjalin di laman ini ditambah pula dengan kemanisan iman dan amal sepanjang saya 'bermain-main' di laman ini...
Insyaallah, dengan tugas dan tanggungjawab yang diberikan ini, saya akan cuba yang terbaik untuk memajukan taman ilmu ini. Taman ini milik kita semua...
Saya akan berusaha untuk membajai taman ini dengan sempurna, walaupun saya tahu diri ini tidak mungkin kan sempurna... Insyaallah..
Jazakumullah
Thursday, 1 May 2008
Munajat Perdana
Tertekan dengan peperiksaan?
Runsing? Depresi? Murung?
Hilang selera makan?
Gangguan kitar tidur?
Emosi tidak stabil?
Sudah penat berusaha?
Ayuh kita mohon kepada Pemberi Kejayaan.
Justeru, berbondong-bondongl ah ke majlis...
Munajat Perdana
Hari : Ahad
Lokasi: Darul Isra'
Tarikh: 4 Mei 08
Masa: 11am
Tentatif
Solat hajat sempena peperiksaan
Motivasi dan tazkirah oleh Al-Fadhil Ustaz Anuar
Jamuan ringan
Muslimin muslimat semua dijemput hadir. Ajak rakan2 dan seisi rumah. Gegarkan Darul Isra'
Jumpa di sana!
Dan Tuhanmu berfirman, "Berdoalah kepada-Ku nescaya akan Aku perkenankan bagimu.... (AlGhafir:60)
~Make du'a, Make effort ~
Subscribe to:
Posts (Atom)

