Friday, 13 June 2008

Post-DIC 2008

Alhamdulillah...Deen Intensive Cardiff (DIC) 2008 baru sahaja melabuhkan tirainya pada petang Khamis, 12 Jun 2008. Program yang mengambil masa selama dua hari ini (11 dan 12 Jun 2008) telah berlangsung di Darul Isra', Cardiff. DIC 2008 telah menampilkan Ustaz Abdul Kadir Al-Joofre yang diterbangkan khas dari Kaherah, Mesir. Dalam program yang pertama kali diadakan di Cardiff ini, peserta-peserta telah berpeluang untuk mendalami Kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Al-Ghazali. Bidayatul Hidayah bermaksud Permulaan Jalan Hidayah (The beginning of guidance) dan ia adalah mukadimah kepada satu lagi kitab Imam Al-Ghazali iaitu Ihya' Ullumuddin.

DIC 2008 telah mengupas isi kandungan Bidayatul Hidayah secara sepintas lalu kerana faktor kekangan masa. Walaupun setiap perkara tidak dapat dibincangkan dengan secara mendalam, peserta-peserta DIC 2008 tetap berpeluang untuk mengemukakan persoalan-persoalan berkaitan isi kandungan kitab ini. Antara perkara yang telah dibincangkan semasa DIC 2008 adalah:


+ Kepentingan niat untuk menuntut ilmu hanya kerana Allah s.w.t.
+ Adab-adab harian seperti adab bangun tidur, adab memasuki tandas, adab wudhu', adab mandi, adab di masjid, dan adab tidur
+ Solat dan Puasa
+ Adab-adab hari Jumaat
+ Cara-cara meninggalkan maksiat (melalui penjagaan penglihatan, telinga, lidah, perut, kemaluan/kehormatan, kaki dan hati)
+ Adab dengan Allah
+ Adab orang yang berilmu dan adab orang yang belajar
+ Adab dengan ibu bapa
+ Adab dengan sahabat dan orang yang tidak dikenali

Kitab ini sangat berguna bagi setiap umat Islam untuk memandu kita dalam kehidupan seharian sebagai seorang Muslim. Seperti yang diberitahu semasa DIC 2008, orang Islam mestilah menunjukkan ciri-ciri sebagai seorang Islam. Percakapan, cara pemakaian, perbuatan, dan pemikiran seorang Muslim mestilah menggambarkan ajaran Islam itu sendiri. Oleh itu, mungkin program-program seperti DIC 2008 dapat diadakan dan dijadikan acara tahunan di Cardiff. Semoga Allah permudahkan usaha hamba-hambaNya untuk menuntut dan mengamalkan ilmu yg dipelajari. Wallahualam.

Mari Berdoa

Doa pilihan hari ini...doa pergi ke masjid, doa masuk ke masjid dan doa keluar masjid. Kita ini tetamu ke rumah Allah, eloklah sekiranya jika dapat membaca doa-doa ini :)

+ Doa pergi ke masjid +

Maksud: Ya Allah, jadikan cahaya dalam hatiku, cahaya di pandanganku, cahaya di pendengaranku, cahaya dari kanan dan kiriku, cahaya dari atas dan bawahku, cahaya di hadapan dan belakangku. Dan jadikanlah cahaya ini untukku.

+ Doa masuk ke masjid +

Maksud: Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmat-Mu

+ Doa keluar dari masjid +


Maksud: Ya Allah, aku memohon kepada Engkau kurnia-Mu

Sunday, 8 June 2008

DEEN INTENSIVE CARE CARDIFF

INGIN MENGENALI USTAZ ABDUL KADIR AL-JOOFRE DENGAN LEBIH DEKAT??

BELIAU ADALAH...

Sebelum pergi ke masjid kat rumah khala yon - Fotopages.com

Memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan seterusnya meyambung Sarjana Syariah juga di Mesir (Feqh Perbandingan Mazhab)

Berumur 27 tahun

Pernah menuntut dan memperolehi ijazah dan sanad dari para guru di Malaysia, Singapura, Arab Saudi dan Mesir.

Pengalaman berdakwah dan mengajar secara formal dan tidak formal lebih 10 tahun di pelbagai tempat di Malaysia dan kepada para mahasiswa Nusantara di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Telah memimpin pelbagai persatuan dan aktiviti pelajar dan belia dari tahun 1996 hingga tahun 2002.

Juga aktif sebagai moderator agama di iLuvIslam.com dan Raudhah.com serta penulis blog di aljoofre.blogdrive.com.

Kini menetap di Kaherah, Mesir bersama seorang isteri dan seorang anak.

.....JANGAN BUANG MASA LAGI...SERTAILAH KULIAH BERSAMA BELIAU.....

Tarikh: 11-12/06/08 (Rabu & Khamis)
Tempat: Darul Isra'
Masa: 10am - 5pm
Penceramah: Al-Fadhil Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre
Bayaran: £6 (makan tengahari)

Thursday, 5 June 2008

ADAKAH ANDA MERINDUI ALUNAN SUARA BACAAN AL-QURAN ??

ATAU DAHAGAKAN SIRAMAN MOTIVASI PENUH JENAKA ??

ADAKAH ANDA MAHUKAN SISA-SISA KEHIDUPAN ANDA DI CARDIFF INI DIPENUHI DENGAN NASIHAT YANG BERMANFAAT??

JADI, APA TUNGGU LAGI..MARI BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN HARI SABTU ANDA...

.....DENGAN KULIAH TERAKHIR SEBELUM KITA SEMUA PULANG KE TANAH AIR TERCINTA...

KULIAH AL-QURAN IV

Hari : SABTU (07/06/08)

Penceramah : Al-Fadhil Ust Anuar Al-Hafiz Al-Kardify

Tempat : Darul Isra'

Masa dan Waktu : 2pm (after zohor)

Jangan Ketinggalan!!!!

Tuesday, 3 June 2008

Deen Intensive Care in Cardiff


DEEN INTENSIVE CARE CARDIFF

Kitab Bidayatul Hidayah (mukadimah Ihya Ulumuddin) karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali

Tarikh: 11-12/06/08 (Rabu & Khamis)

Tempat: Darul Isra'

Masa: 10am - 5pm

Penceramah: Al-Fadhil Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre

Bayaran: £6 (makan tengahari)

Terbuka kepada semua muslimin dan muslimat, dari dalam Cardiff mahupun luar Cardiff.

Jika berminat sila daftar nama anda kepada saudari Mahfuzah di mahfuzah98@gmail.com

Bayaran juga boleh dibuat kepada Mahfuzah nombor akaun:

19721803

52-21-06

Assalamualaikum wrt wbt,
Special invitation to all the girls in Cardiff


GIRLS BBQ
Date : 04/06/08
Time : 5.00 p.m - 8.30 p.m
Place : 152 Column Road

Sila konfirmkan kehadiran anda kpd Ashriya (text or email) b4 ptg selasa please

Berikut adalah tentatif program

5.00 : Game + BBQ + Makan2
7.30 : Solat Asar
8.00 : Sesi tukar2 hadiah
8.30 : Bersurai

1) BBQ ni stail potluck, so nnti bawa la buah tangan ker, buah limau ker, dessert ke, apa2 la. Kalo nak tunjuk kepakaran memasak, ini lah masanyer. Main dish akan disediakan oleh chef kiter.

2) Memandangkan nnti ada sesi tukar2 hadiah, maka sila la bawa hadiah utk ditukar-tukar. Tak semestinyer kene super lawa n super posh, biasa2 pn x per, It is the thought that matters.

...Lets have fun girls...
Please text Ashriya ASAP utk memastikan makanan cukup utk sumer yg hadir

Tengkiu