Tuesday, 28 October 2008

BBQ Silaturrahim

Assalamualaikum wbt sahabat2 sekalian,

Moga senantiasa berada di bawah naungan Petunjuk dan InayahNya...

InsyaAllah, Sabtu nih akan diadakan BBQ Silaturrahim, menggabungkn usrah PG dan UG, muslimin dan muslimat seluruh Cardiff . BBQ ini bertujuan utk merapatkn silaturrahim antara ahli2 usrah PG dan UG sbl program besar-besaran yg dirancang melibatkn kedua2 pihak dimulakan.

Berikut adalah maklumat BBQ tersebut:

BBQ Silaturrahim

Tarikh: 1 November 2008 (Sabtu)

Tempat: Halaman Belakang Rumah Ustaz Anuar

Masa: TBC



Bayaran sebanyak GBP 5 akan dikenakan utk UG (sumbangan lebih amat dialu2kan), dan kita akan sama2 tolong memasak dll bg menjayakan BBQ ini.

Jika ada sebarang persoalan boleh lah email kpd saya.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat (Q 49:10)

Wassalam,

Aufa

Credit to teamusrahcardiff

Monday, 27 October 2008

Al-Quran Adalah Cahaya

Assalamualaikum wbt buat sahabat2 sekalian,



Moga senantiasa di bawah naungan Petunjuk dan HidayahNya..



InsyaAllah sebuah kelas Al-Quran secara formal bersama Al-Fadhil Ustaz Anuar Al-Hafiz Al-Kardiffy sedang dirancang, bermula awal November ini, yg bakal melibatkan UG dan PG. Kelas ini akan dijalankan selama 2 jam setiap hujung minggu (Sabtu/Ahad).



Tidak spt kuliyah2 Al-Quran beliau sbl ini, kelas kali ini akan lebih tersusun dan fokus memandangkan bayaran akan turut dikenakan demi menjamin komitmen dr setiap pelajar. Bayaran bagaimanapun boleh dibincangkn dan sudah pasti tidak membebankan dan tidak berpatutan*.



Oleh itu saya menyeru dan amat2 menggalakkan sahabat2 sekalian agar dapat turut sama menyertai kelas ini yg bakal dikendalikan oleh tenaga pengajar yg sgt berpengalaman sementara umur kita masih muda, lidah masih lembut, dan sementara kelas ini masih ¡Æaffordable¡Ç utk kita semua (sudah tentu hanya di Cardiff!).



Sabda Rasulullah s.a.w, ¡ÈSebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya.¡É (Hadis riwayat al-Bukhari)



Kepada yg berminat atau ada sebarang kemusykilan boleh lah hubungi saya di aufa_0510@... secepat mungkin spy jumlah yg bminat boleh dianggarkan utk perancangan seterusnya.



Wassalam,



Aufa





*Apa yg anda bakal bayar sudah pasti tidak berpatutan dgn apa yg anda akan dapat krn bayaran yg bakal dikenakan adalah sgt2 jauh berbeza dr kelas2 Al-Quran yg Ustaz jlnkn di Malaysia secara eksklusif bersama golongan2 korporat dan Dato¡Ç. Di Malaysia sudah pasti anda tidak akan mampu membayarnya (melainkan anda golongan korporat atau berpangkat Dato¡Ç)! Jd jgn lepaskan peluang keemasan ini! Ayuh!


credit to teamusrahcardiff

Tuesday, 21 October 2008

WACANA MENELADANI PERISTIWA HARI HARTAL


Warga TeamUsrahCardiff, dengan kerjasama MSSCF (Malaysian Student Society of Cardiff University) dengan ini menjemput anda ke diskusi ilmiah yang kami anjurkan iaitu:

“WACANA MENELADANI PERISTIWA HARI HARTAL”




Hari Hartal jatuh pada tanggal 20 Oktober 1947. Pada hari tersebut, rakyat Tanah Melayu berpakat untuk protes dan mogok kepada pemerintahan British di Tanah Melayu. Tindakan ini merupakan suatu manifestasi perjuangan rakyat Tanah Melayu dalam memerdekakan negara mereka serta menyingkirkan penjajah British secara total. Meskipun ditentang dan ditekan dengan hebat oleh si penjenayah British, masyarakat Melayu, Cina dan India bersatu hati dan bergabung tenaga menjadi pejuang-pejuang tanahair menentang kezaliman dan menuntut kemerdekaan mutlak.



Wacana ini akan cuba menjawab beberapa persoalan penting, iaitu:

- Mengapa berlakunya peristiwa ‘Hari Hartal’?

- Apakah strategi yang digunakan British untuk menyekat kemaraan rakyat Tanah Melayu?

- Apakah signifikannya peristiwa tersebut dengan situasi semasa Malaysia?


Panel yang dijemput untuk membincangkan isu ini ialah Saudara Muhaimin Bin Sulam. Beliau merupakan seorang mahasiswa pasca-ijazah PhD di University of Wales, Lampeter.


Berikut merupakan maklumat lanjut program:

Tarikh : Ahad, 26 Oktober 2008

Tempat: Darul Isra’ Islamic Centre

Masa : 1.45 petang – 3.45 petang


Sekiranya anda berminat untuk menghadiri ke wacana ini, sila emailkan NAMA, UNIVERSITI dan TAHUN PENGAJIAN kepada Saudari Dayang Nur Hadziah di email – mind_empirez@yahoo.co.uk


Untuk maklumat lanjut, hubungi Azad di email azad282@yahoo.co.uk


Sekian, terima kasih.

Mohamed Azad

Pengarah Program

Wacana Meneladani Peristiwa Hari Hartal


CREDITS TO MYCF10.CO.UK