Sunday, 30 November 2008

In the name of Allah...

In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful God

Alhamdulillah, praise be to Allah...selesai sudah sesi Isk kita pada hari ini...

Many many thanks to all participants(Bristol ppl,Cardiff ppl & Glamorgan ppl).

Quoting from Syafiq, more or less ayat dia " Andai ingin dijemput masuk ke istana syurga oleh Raja pemiliknya, selalu-selalulah bersiar-siar ke taman-taman syurga"

Taman-taman syurga itu adalah majlis-majlis ilmu di mana kita berkumpul untuk mengingati Allah.

So, diharapnya Isk sedikit sebanyak memberi manfaat kepada kita semua.Kepada yang berjaya meneruskan hingga ke akhirnya, tahniah dan harap dapat meneruskan perjuangan pada medan yang tiada penghujung ini. Tiada waktu pencen, tiada waktu rehat...sentiasa dalam perjuangan menegakkan agama Allah, pada peringkat individu(menegakkan agama dalam diri) mahupun pada peringkat masyarakat...might sound a bit serious...pardon me. but then, tak reti nak buat ayat tu relax sket, kalau relax2 takut tak sampai plak maksud....

Kepada yang terpaksa beransur pulang lebih awal, tahniah jua kerana berjaya meluangkan waktu despite all other commitments :) ...kalau ada kelapangan in future, moga-moga dapat mengikuti program isk ini hingga kehujungnya.

Apa yang dapat saya simpulkan adalah...always be clear of our matlamat akhir hidup which is mencapai keredhaan Allah.
yang dapat dicapai melalui pelaksanaan dua tugas tadi..hamba Allah, and khalifah..semua org ingat kan insyaAllah. and contoh-contohnya telah diterangkan dengan panjang lebar during ISK tadi...Rasulullah dan para sahabat dan para pejuang islam.

I admit,bukan mudah, tapi syurga itu juga bukanlah murah. sama-samalah kita reflect diri.

seperti kata saidina Umar(kalau tak silap) : Bring yourself to account before account is taken for you.

Maafkan kami para penganjur atas segala salah silap dan kekurangan. Dan harapnya kita dapat berjumpa lagi, kalau tidak disini insyaAllah di syurga nanti. ameen.and sekali lagi, terima kasih pada semua.

salam'alaikum.
Anis Liyana Abdul Latif

Sister's Eid Party

Thursday , 11th December 2008
Time : 6- 10pm
Venue : Darul Isra' Islamic Centre

WOMEN ONLY

Seperti yang dimaklumkan oleh pihak yang berkenaan, seorang sisters dari Darul Isra', mereka sangat memerlukan dan ingin menyaksikan persembahan Malaysian Traditional Dance untuk party tersebut...

Jadi....sesiapa yang ingin/pandai/berminat (walaupun tak reti) untuk belajar menari tarian tradisional Melayu dan mempersembahkannya semasa Eid Party, silalah memberi maklumat diri anda kepada saya....;;)

Syarat-syarat penyertaan :
Malaysian Traditional Dance
No music please (sebab party akan diadakan di Darul Isra')
Participants must be GIRLS/SISTERS/WOMAN/LADY/FEMALE

Regardless umur/rupa paras/ketinggian/berat/course pengajian (OT, medic, biology, biotech, pharmacy, physics, account, maths, dentistry etc)/sponsors (KPM,MARA,JPA,FAMA,KPT) atau sebagainya...

Marilah kita bersama-sama menyelami budaya dan adat negara kita untuk dipersembahkan kepada wanita-wanita lain dari pelbagai bangsa dan keturunan di benua Eropah ini..:D

Bersama membina ukhwah di samping berhibur..(hehe:p)

Monday, 24 November 2008

Dunia, Kedudukan dan Perjuangan

" setiap sudut terasa amat sepi..Jika permintaan itu banyak, maka yang memberi semakin berkurangan..."

'tidak ada ketenangan tanpa sikap tawakkal dan redha, sekalipun terhadap keyakinan paling buruk. Kerana hanya sikap ini yang mampu membebaskan semangat dari belenggunya'

Dunia tidak perlu membuat anda bersedih,. Bukankah kita mempunyai rumah lain yang lebih mulia, lebih kekal, lebih besar dan lebih indah dari rumah ini? Rumah itu adalah rumah akhirat.

Apalah gunanya kereta besar, banglo mewah, hidup dikelilingi wang, harta yang banyak, rakan-rakan korporat dan anak-anak yang bijak.... jika tiada IMAN~

Apalah gunanya kedudukan dan pangkat tanpa KETAQWAAN~

"Wanita jugalah yang menampilkan orang-orang besar ke pentas dunia"

Sunday, 16 November 2008

Kebahagiaan Hidup yang bergantung kepada Kebijaksanaan Wanita



Isteri yang baik akan menyambut kepulangan suaminya dengan senyuman yang menyejukkan hati. Kepulangan suami tidak disambut dengan pelbagai soalan yang bertubi-tubi. Bersabar dan bertenanglah!! Isteri sebagai pendengar yang baik dan setia kepada suami..bertanya dengan cara yang menyenangkan, bukan mendesak! Membantu untuk menyelesaikan masalah suami..meringankan beban. Ketika itu, suami mungkin akan lebih menyedari bahawa di rumahnya terdapat sebuah permata yang sangat bernilai,lebih tinggi nilainya dari mana-mana permata...~~

"kebahagiaan bukan ditentukan oleh orang lain, tetapi ditentukan oleh dirimu sendiri..." ..jalani hidup dengan bahagia kerana hidup ini sangat indah. sekurang-kurangnya, jadikan hidup ini indah dengan kebaikan yang kita lakukan...

Thursday, 13 November 2008

Hidup ini tidak mungkin akan sempurna

“Lakukanlah dengan baik apa yang mampu anda lakukan hari ini, tidak usah bimbang tentang apa yang akan berlaku esok”
“Tidaklah Kami menurunkan Al-Quran untuk menyusahkan manusia”


Untuk mendapat sesuatu yang lebih baik pada hari ini, lakukan sesuatu untuk mendapatkannya...Jadi..jangan lepaskan peluang untuk menghadiri....

KULIAH FIQH USTAZ ANUAR
AHAD 10.30AM-12.30PM
DARUL ISRA’ ISLAMIC CENTRE
OPEN TO ALL

Bertindak adalah pendorong utama ke arah cita-cita dan musuh ketat bagi kegagalan..

Bertindaklah sekarang!! Jom ke Darul Isra’!!

Tuesday, 11 November 2008

Jadilah Wanita yang Paling Bertuah di Dunia


"Apa jua musibah yang datang menimpa, pada akhirnya ia akan menuju kelapangan hati jua."

"Di mana-mana dalam dunia ini,anda akan mendapati kegelapan. Tiada cara yang paling tepat selain memantulkan cahaya yang ada dalam dirimu."

Monday, 10 November 2008

Hazihii Siratuna

Malaysian Muslimah Circle Cardiff mempersembahkan ....


SIRATUNA

(Ini Sejarah Kita)

Tarikh : 29/11/2008 Sabtu

Masa : 9 pagi – 8 malam

Tempat : Darul Isra’ Islamic Centre, Cardiff

Speaker : Syafiz Amar Abdul Majid & Rais Shaari

Untuk pendaftaran, sila emailkan nama dan universiti anda kepada Saudari Anis Liyana di nisyana_latif@yahoo.com

Tiada bayaran dikenakan dan penyertaan adalah terbuka kepada muslimin dan muslimat yang berminat

Sila layari laman web http://www.muslimahcircle-cardiff.blogspot.com untuk keterangan lanjut.



AJK :

Penasihat Projek : Sakinah Mohamed & Norsuriani Yusop

  • Promosi : Mahfuzah Zainol
  • Makanan : Nur Kamilia Mohsin
  • Pendaftaran : Anis Liyana Abdul Latif
  • Proposal : Erwina Nursyaheera Sulaiman dan Nurul Haizun Abd Ghani
  • Peralatan : Izzati Yussof

Sunday, 9 November 2008

Menjadi Wanita Yang Menepati Janji


"terkadang manusia menyesal kerana kata-kata yang telah diucapkannya,tetapi tidak pernah menyesal kerana diamnya."

Perempuan adalah kenikmatan dan keindahan.

Wednesday, 5 November 2008

FORMULA KEJAYAAN MUSLIMAH

"pemurahlah dengan senyuman jika anda ingin orang berbuat perkara yang sama kepada anda"


formula mendapat kemuliaan adalah taat kepada Allah dan rasul-Nya


formula mendapat rezeki adalah berusaha disertai istighfar dan ketaqwaan


formula mendapat syurga adalah tauhid


formula mendapat iman adalah merenungkan ayat-ayat Allah dan makhluk-Nya


formula mendapat kebaikan adalah kejujuran


formula mendapat hati yang hidup adalah merenungkan Al-Quran, berdoa pada
waktu malam, dan meninggalkan perbuatan dosa


formula mendapat ilmu pengetahuan adalah bertanya dan menyemak dengan baik


formula mendapat pertolongan dan keberhasilan adalah sabar


formula mendapat kebahagiaan adalah taqwa


formula mendapat nikmat adalah syukur


formula mendapat perasaan rindu kepada akhirat adalah zuhud kepada dunia


formula mendapat kemakbulan harapan dan permintaan adalah berdoa



"senyuman itu adalah pantulan dari sinaran cahaya matahari"

Kepada Siapakah Cinta Anda??

Curahan hati?
Siraman motivasi?
Tuaian ilmu?
Buah semangat?
Bunga kehidupan?

Mungkin anda perlukan ayat-ayat cinta ini...
Jom beramai-ramai menghadiri Usrah Gabungan

tarikh: 9/11/08
masa: 12-1pm
tempat: Darul Isra'
muzakkir: Abg Islahuddin


..anda pasti tidak akan kecewa kerana kehidupan ini hanyalah secebis daripada dugaan Allah kepada diri kita
Mari gegarkan Negeri Isra’ pada hujung minggu anda!!!

Seuntai Kata Untuk Dirasa



Focus the best in yourself

Build the good that you are into the best you can be~

"sakit perut bukan berpunca daripada apa yang anda makan tetapi berpunca daripada sesuatu yang telah memakan anda"

...dan apa sahaja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allahlah datangnya...