Wednesday, 6 July 2011

Sayang



Pastinya semua orang ada perasaan sayang tidak kira pada seseorang atau sesuatu. Terlalu banyak kisah sayang kita terhadap sesuatu yang mungkin bukan menjadi prioriti kita yang sepatutnya dalam kehidupan yang fana ini. Kita terlalu asyik dan alpa sehinggakan kurang menilai sayang yang sebenarnya.

Sayang harta yang tak pernah habis
Sayang baju2 cantik yang penuh dalam almari
Sayang duit yang bertimbun-timbun
Sayang kereta2 mewah yang digilap selalu
Sayang kamera2 yang canggih-manggih
dan macam2 lagi jenis sayang menyayang..

Benar, tidak salah untuk menyayangi harta benda pemilikan kita namun harus berwaspada dan bersederhanalah. Sayang seribu kali sayang jika semua kesayangan di atas telah berdarah daging dalam diri kita sehingga kita terlupa untuk meletakkan rasa sayang kita pada insan2 yang sepatutnya dan lebih layak menerima sayang kita.


Sayang pada ibu ayah yang telah banyak berkorban untuk kita
Sayang pada adik beradik dan keluarga yang telah banyak memberi sokongan
Sayang pada guru2 pendidik yang telah banyak mencurahkan ilmu
Sayang pada pasangan (suami/isteri) yang telah menerima kita seadanya
Sayang pada para sahabat yang telah bersama dalam perjuangan kita

Dan pastinya, sayang yang paling utama adalah sayangnya kita pada nikmat iman dan islam yang telah tertanam dalam diri kita, sayangilah Pemberi rasa cinta dan sayang ini yakni Allah yang Maha Mengasihi dan Menyayangi hamba2nya. Moga Allah mengurniakan kita rasa sayang yang sewajarnya dan mengekalkan kita dalam hidayahNya agar dapat kita nikmati rasa sayang yang tiada berbelah bahagi dariNya insyaAllah Taala.

Juga, sayangilah diri kita sendiri agar dapat kita menyayangi orang lain. Sesungguhnya sifat berkasih sayang sesama manusia yang berlandaskan syarak adalah sangat dituntut dalam Islam kerana ia merupakan sebahagian dari iman kita. Islam telah meletakkan kasih sayang sebagai syarat kesempurnaan iman seseorang sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang itu selagi mana ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri."

Wallahu'alam.


Sayang sokmo! ^_^

Wednesday, 22 June 2011

Senyum =)


Senyum seindah suria yang membawa cahya! ~


Jika kita tersenyum walaupun pada ketika itu kita sedang bersedih dan berduka, sebenarnya kita sedang berusaha meringankan beban dan mengetuk gerbang kebahagiaan yang dicari-cari selama ini. Kadang-kadang, usah fikirkan beberapa kali untuk tersenyum, kerana dengan senyuman akan memberi makna bahawa kita sedang menghidupkan semangat dan kekuatan yang ada dalam diri. Jangan selalu bermurung dan bermasam muka kerana ianya hanya akan menekan kekuatan itu membuatkan diri kita lebih menderita. Bak kata para saintis, senyuman ibarat awet muda untuk mengekalkan seri wajah seseorang kerana ia ada kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang lebih selesa dengan dirinya sendiri.


Senyuman yang diukirkan tidak akan membahayakan kita!

Malah, ia akan menarik segala kebaikan. Berbicaralah dengan orang sekeliling dengan bahasa kalbu yakni dengan senyuman. Bibir yang paling indah dan menarik ialah ketika ia melontarkan senyuman. Salah satu elemen penting dalam komunikasi yang baik adalah pandai dan mahu tersenyum. Bergaul dengan komunikasi yang baik dan hidup bermasyarakat pastinya menuntut kemahiran tertentu yang perlu ada dalam diri kita. Apabila kita tersenyum kepada orang lain, bermakna kita sedang memberi kebahagiaan kepadanya kerana senyuman dapat menyuntik perasaan optimis dan mendamaikan hati orang lain. Sebaliknya jika kita tampil dengan wajah muram durjana, bengis dan murung, sudah pasti ianya hanya akan menyeksa dan mengganggu hati mereka, kita sudah tentu tidak mahu menjadi punca kesedihan kepada sesiapa pun. Makanya, senyumlah dari hati yang ikhlas dan kena pada tempatnya!


Hadapilah hidup ini dengan senyuman! ^_^

Tuesday, 21 June 2011

Berubah


Berubah untuk siapa? Kenapa? Bagaimana mahu berubah?
Adakah hanya bila tiba Ramadhan saatnya untuk berubah?


Namun, adalah di luar kemampuan kita sebagai manusia untuk mengubah masa lalu dan menentukan masa depan sesuai dengan harapan dan cita2 kita. Jika sudah termaktub sedemikian rupa, mengapa kita masih bersedih kerana sesuatu yang tidak mungkin kita ubah?

Saya ingin mengajak diri saya sendiri dan pembaca sekalian untuk mengamati bait2 mutiara kata yang berkisar mengenai perubahan. Semoga menjadi teladan berguna buat kita semua.

Aku tidak mungkin mampu mengubah sesuatu yang telah berlaku, sebagaimana aku tidak mampu menjangkakan apa yang bakal berlaku. Justeru itu, aku tidak perlu merasa terlalu bimbang dan terlampau gelisah!

Alangkah bertuahnya, setiap keadaan yang menimpa orang mukmin itu sentiasa membawa perubahan kebaikan baginya. Ambillah pengajaran dari setiap kegagalan!

Beralih dari yang buruk kepada yang baik merupakan satu perjuangan panjang dan sukar, namun di dalamnya terdapat kelegaan dan kepuasan.

Berusaha dan berbahagialah hari ini, jangan menangguhnya hingga ke hari esok untuk melihat perubahan yang diidam-idamkan.

Bersikap positif dan optimis pasti membawa perubahan dalam hidup. Jika hari ini kita menghadapi hal yang tidak baik, percayalah bahawa ianya akan berakhir, dan hari esok akan menyusul membawa khabar gembira dan kebahagiaan.

Redhalah menghadapi kenyataan yang tidak boleh dielakkan, kerana kita akan terus menghadapi masalah yang tidak mampu kita ubah. Yang boleh kita lakukan ialah menghadapinya dengan sabar dan iman.



Wallahu'alam.

Wednesday, 30 March 2011

Malulah dengan Bar'ah!!

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum w.b.t

Andai kata kita mudah sangat nak mengeluh, serba tak kena pabila ditimpa ujian ingatlah kisah Bar'ah ini. Malulah dengan Bar'ah!! SUMBER: http://zharifalimin.blogspot.com/2011/03/seorang-gadis-kecil-bernama-barah-true.html

*Agak sukar menjejak sumber asal kisah Bar'ah. Tak diketahui apa yang terjadi sekarang kepada beliau.

Ini adalah kisah gadis berumur 10 tahun bernama Bar`ah, yang kedua orang tuanya adlah doktor. Mereka sekeluarga telah berpindah ke Arab Saudi untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

Pada usia semuda ini, Bar'ah menghafal seluruh Al Qur’an dengan tajwid, dia sangat pintar dan gurunya mengatakan bahawa dia sudah matang berbanding kanak-kanak yang seusianya. Keluarganya amat komited terhadap agama Islam dan ajaran-ajarannya. Hingga suatu hari ibunya mulai merasa sakit perut yang agak kronik dan setelah beberapa kali diperiksa, di kesan ibu Bar’ah menderita penyakit barah, dan barah ini sudah dalam keadaan yang kritikal.

Ibu Bar’ah berfikir untuk memberitahu puterinya, terutama jika ia terbangun suatu hari dan tidak dapat berjumpa ibunya lagi disampingnya. Ibu bar’ah berpesan kapada anaknya “Bar`ah aku akan pergi ke syurga di depan kamu, tapi aku ingin kamu selalu membaca Al-Quran dan menghafalkannya setiap hari kerana Ia akan menjadi pelindungmu kelak.. “

Gadis kecil itu tidak mengerti dan memahami sepenuhnya apa yang ibunya berusaha beritahukan, Tapi dia mulai merasakan perubahan keadaan ibunya, terutama ketika ia mulai dipindahkan ke wad untuk waktu yang agak lama. Gadis kecil ini menggunakan waktu balik sekolah untuk menjenguk ibunya di wad dan membaca Quran untuk ibunya sampai malam sehinggakan ayahnya datang dan membawanya pulang.

Suatu hari pihak hospital memberitahu ayah bar’ah bahwa keadaan istreinya itu sangat teruk dan ia perlu datang secepat mungkin. Ayah Bar’ah segera menjemput Bar `ah dari sekolah dan menuju ke hospital. Ketika mereka tiba di depan hospital, Ayah Bar'ah memintanya untuk tinggal di kereta. Ini supaya Bar'ah tidak terkejut jika ibunya meninggal dunia.

Ayah keluar dari keretanya, dengan penuh air mata di matanya, ia menyeberang jalan untuk masuk ke dalam hospital, tapi tiba-tiba datang sebuah kereta meluncur laju dan melanggar ayah Bar’ah dan dia meninggal di tempat kejadian di depan puterinya itu…tak terbayangkan ..tangis gadis kecil pada saat itu…

Tragedi Bar `ah belum selesai sampai di situ. Berita kematian ayahnya yang terpaksa disembunyikan dari ibu bar’ah yang masih terlantar di wad, namun setelah lima hari selepas kematian suaminya akhirnya ibu Bar’ah meninggal dunia juga. Dan kini gadis kecil ini sendirian tanpa kedua orang tuanya. Ibu Bapa rakan-rakan sekolah Bar’ah memutuskan untuk mencari kerabatnya di Mesir, sehingga kerabatnya boleh menjaganya.

Tak berapa lama tinggal di mesir, gadis kecil Bar `ah mulai mengalami sakit mirip dengan ibunya. Setelah beberapa kali diperiksa, Bar'ah didapati mengidap kanser. Sungguh memeranjatkan ketika ia di beritahu menderita kanser. Inilah kata-kata Bar’ah ketika itu: “Alhamdulillah, sekarang saya akan bertemu dengan kedua orang tua saya.”

Semua teman-teman dan keluarga terkejut. Gadis kecil ini sedang menghadapi musibah yang bertubi-tubi dan dia tetap sabar dan ikhlas dengan apa yang ditetapkan Allah untuknya. Subhanallah..

Orang ramai mulai mendengar tentang Bar `ah dan ceritanya, dan pihak Arab Saudi memutuskan untuk mengurusnya. Pihak Saudi mengirimnya ke Britain untuk mendapatkan rawatan penyakit ini.

Salah satu saluran TV Islam Al Hafiz dapat menghubungi gadis kecil ini dan memintanya untuk membaca Quran. Dan ini adalah suara yang indah yang di lantunkan oleh bar’ah.

Mereka menghubungi lagi Bar’ah sebelum ia pergi ke bandar Coma dan dia berdoa untuk kedua orangtuanya dan menyanyikan Nasyid.

Hari-hari berlalu dan barah mula merebak ke seluruh tubuhnya, para doktor memutuskan untuk mengamputasi kakinya, dan dia bersabar dengan apa yang ditetapkan Allah baginya … tapi beberapa hari setelah pembedahan amputasi kakinya, barah telah menyerang ke otaknya. doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan otak. Dan sekarang Bar’ah berada di sebuah rumah sakit di Britain untuk menjalani rawatan selanjutnya.

Berdoalah untuk Bar’ah, dan bagi saudara-saudara kita di seluruh dunia.

Jadikanlah Sabar dan Shalat Sebagai Penolongmu. Dan Sesungguhnya Yang Demikian itu Sungguh Berat, Kecuali Bagi Orang-Orang yang Khusyu [ Al Baqarah : 45 ]

Tuesday, 22 March 2011

Perkongsian DUDE+SGT, Forum Perdana [Part 2]

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum w.b.t

20 Mac 2011

Forum Perdana Hal Ehwal Islam mengambil tempat di UCL, sebuah universiti yang sy kira sangat menarik dek infrastrukturnya. Kat sini ada tempat meletak basikal yang sangat unik tapi maaf sy lupa nak ambik gambar. Surau kat uni ini pun memang luas kalau dibandingkan dengan surau yang sy selalu gunakan ketika berada di school.

Baek, kita bercerita tentang forum. Sejujurnya, sy tak rasa ngam dengan forum tersebut. Mungkin disebabkan itulah kali pertama sy hadir dalam suatu program yang dirakam untuk TV. Dunia yang penuh kepura-puraan. Soklan2 daripada penonton pun telah disediakan pihak penganjur. Haish.. Maaf, ini hanyalah pandangan peribadi sy.

2 panelis hebat adalah Ustaz Zaharuddin dan Dr. Maza manakala moderatornya adalah Ustaz Erfino. Slot pertama forum dalam bahasa Melayu berkisarkan peranan pemuda dalam memangkin kegemilangan ummah. Dinyatakan bahawa golongan pemuda sentiasa ada untuk berjuang dalam setiap zaman namun tenggelam dek populariti golongan pemerintah.

  • Takrifan kegemilangan harus diberi nafas baru kerna ia adalah suatu penelitian terhadap usaha kita dalam menempah kejayaan di akhirat dan bukanlah berpaksikan pandangan barat yang sentiasa meletakkan dunia sebagai ukuran kejayaan. Sebagai contoh, barat meletakkan kejayaan sesebuah negara berdasarkan nilai KDNK maka bertungkus-lumuslah pelbagai negara ingin mencapai kadar yang terbaik demi untuk mendapat pengiktirafan duniawi. Harus diingat, agamalah yang sepatutnya dijadikan tumpuan utama dan bukanlah sebagai agenda sisi semata-mata.

  • Kelebihan orang muda adalah kemampuan mereka dalam menetapkan pendirian dan dalam menghadapi cabaran. Namun atas faktor pengalaman yang kurang, adalah penting agar orang muda bermesyuarat dan meminta pandangan pakar2 sebelum mengutarakan pandangan secara sewenang-wenangnya. Kita tak mahu orang muda tergolong sebagai ruwaibida’. sy kurang jelas maksud ruwaibida' dan mengalu-alukan penjelasan daripada sahabat2. Secara kasarnya, ruwaibida’ adalah manusia lekeh yang bercakap hal orang ramai sedangkan mereka tak mempunyai pengetahuan yang jelas tentangnya.

  • Golongan yang lebeyh berusia seharusnya bertindak sebagai mentor asbab pengalaman yang lebeyh banyak. Dan ia adalah suatu manifestasi rantaian dakwah antara golongan tua dan golongan muda. Juga dinyatakan, pentingnya penyampaian ilmu kepada golongan muda kerna ia adalah suatu kesukaran untuk mengajar ‘trick’2 baru kepada orang2 lama. Semoga yang muda menghormati yang tua, yang tua mengasihi yang muda.

  • Kita juga diseru untuk tidak bersikap takabbur yakni mereka yang menolak kebenaran dan memperlekehkan manusia. Berusahalah untuk menjadi golongan ulul albab, golongan yang diangkat dalam al-Quran. Golongan ini mempunyai pemikiran yang matang, di mana mereka mampu membaca semua pandangan dan maklumat serta mampu membuat penilaian yang tepat.

  • Konklusi daripada slot bahasa Melayu ini adalah perlunya diperbetulkan ‘setting’ dalam pemikiran agar tumpuan & bajet yang lebeyh besar dalam negara diperuntukkan untuk membina peribadi & keimanan seseorang. Ini secara tidak langsung akan mengurangkan kadar rasuah, jenayah dan sebagainya. Golongan muda disarankan untuk menapis pelbagai maklumat yang bisa saja mengelirukan manakala golongan tua perlu memberi ruang kepada yang muda untuk menyuarakan pandangan.

Untuk slot bahasa Inggeris, mohon maaf kerna sy tak salin langsung. ^^” 2 panelisnya adalah Ustaz Maszlee dan Sir Iqbal Abdul Karim.

Selesai tamat rakaman, pihak penganjur memberi ruang untuk non-recorded questions to be asked to panelist. Soklan2 dalam sesi ini ada yang agak kontroversi jugak namun maaf sekali lagi, sy tak salin.

  • Apapun, kedua-dua program pun sebenarnya sangat relevan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Dan haruslah kita ingat, ianya banyak menyentuh tentang kebangkitan Islam. Kita tahu dan kita yakin, Islam pasti menang & kita ingin menjadi sebahagian daripada proses kemenangan tersebut.

  • Harus kita muhasabah juga, adakah kita sebenarnya sudah bersedia untuk mengisi kemenangan tersebut? Sebelum ni, kita berhujah bahawasanya tiada kemahuan untuk bersatu yang ditonjolkan jemaah2 telah menyumbang kepada lambatnya kemenangan Islam. Namun, tidakkah kita menyedari bahawasanya perilaku kita selaku ahli2 gerakan Islam itu juga yang mungkin melambatkan proses kemenangan Islam. Mungkin sahaja tahap peribadi kita sekarang ini belum bersedia untuk mengisi kemenangan Islam.

  • Bagaimana dengan amal2 soleyh kita? Sempurnakah solat kita? Terjagakah pergaulan kita? Muhasabahlah kembali hubungan kita dengan-NYA, juga hubungan kita sesama manusia. Benar, kita tidak mengenepikan faktor manusiawi kita yang maseyh punya nafsu untuk dituruti namun janganlah faktor ini dijadikan alasan semata-mata. Bukankah kita perlu mengusahakan agar kita berjaya menguasai hawa nafsu kita? Maka, buktikanlah!! Ingat, janganlah kita sendiri yang menjadi fitnah terhadap perjuangan Islam lantas menjadi sokong yang membawa rebah!

  • Menyeru orang lain ke arah kebaikan tanpa kita sendiri berbuat sedemikian hanya akan ditempelak oleyh-NYA.

“Wahai orang2 yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan. [Itu] sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa2 yang tidak kamu kerjakan.” [surah as-Saff, 2-3]


*Kita sendiri sedar di tahap mana diri kita. Ayuh bangkitlah golongan pemuda!! Bersiap-siagalah untuk mengisi kemenangan yang dijanjikan-NYA!!

*Terima kaseyh kepada para penganjur DUDE+SGT [warga York] dan Forum Perdana [warga London]. Moga Allah S.W.T memberkati segala usaha dan dipermudahkan usaha sedemikian pada masa akan datang. Allahumma ameen..


wallahualam~

Perkongsian DUDE+SGT, Forum Perdana [Part 1]

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah, hujung minggu yang baru berlalu diisi dengan 2 program berbeza di 2 lokaliti berbeza. Yang pertama adalah DUDE+SGT di York manakala yang kedua adalah Forum Perdana di London.

19 Mac 2011

  • Penceramah DUDE adalah Ustaz yang sy sangat kagum dan meyakini ilmu beliau; Ustaz Zaharuddin. Dalam DUDE, antara perkara yang sy dapat adalah penekanan terhadap ghazwul fikr. Sepertimana yang kita semua maklum, ia adalah suatu serangan pemikiran yang boleyh datang daripada pelbagai penjuru termasuklah keadaan seseorang yang tertutupnya minda ntuk sebarang perbincangan.

*terkilan sebab x dapat menggarap 100% perbincangan slot ini kerna terpaksa menghubung beberapa individu di Cardiff atas suatu sebab. Namun sy kira sahabat2 boleyh mengakses info2 tentang ghazwul fikr dengan mudah melalui internet. Salah satu movie yang disarankan Ustaz ntuk ditontoni berkaitan dunia materialistik ini adalah ‘The Inside Job’.

  • Slot berikutnya menyentuh tentang kebangkitan Islam dan mempersoalkan kesediaan kita untuk menghadapi kebangkitan tersebut. Daripada suatu hadith, ia adalah jelas bahawasanya kejatuhan pertama Islam adalah hukum dan pemerintahan Islam manakala kejatuhan terakhir adalah solat. Maka Ustaz menyeru agar kita memperbaiki solat dan menjauhi perkara2 yang boleyh mengganggu kualiti solat seperti perbuatan syirik, sumber harta yang tak halal dan sebagainya.

  • Kita juga telah sedia maklum sentiasa akan ada sekumpulan manusia yang mendokong kebenaran dan hendaklah kita mencari kumpulan tersebut. Ustaz menyatakan selagi tiadanya pemerintahan khilafah, maka kita boleyh sahaja memasuki mana2 jemaah kerna baiah kita terhadap sesuatu jemaah bukanlah baiah terhadap khalifah Islam. Malah kita boleyh sahaja menyertai lebeyh daripada satu jemaah namun atas faktor praktikaliti dan agar lebeyh fokus, ia adalah lebeyh wajar untuk setia terhadap satu jemaah.

  • Analogi yang dikaitkan adalah sebagaimana manusia dewasa yang bekerja. Sekiranya secara part-time, sudah pastilah kita mampu untuk bekerja di beberapa tempat namun sekiranya kita adalah full-time worker, kita hanya mampu untuk lebeyh effisien dengan berkhidmat hanya untuk satu tempat sahaja.

  • Slot petang adalah untuk muslimat sahaja iaitulah perbincangan tentang fiqh wanita yang dikendalikan oleyh zaujah UZAR; Kak Ina. Secara ringkasnya, haidh adalah darah mengalir yang keluar dari kemaluan wanita. Permulaan umur untuk haidh kebiasaannya adalah 9 tahun manakalan tiada umur khusus untuk menopause. 3 perkara yang memang tidak diboleyhkan ketika datang haidh adalah solat, puasa dan tawaf. Kak Ina turut mengupas tentang perbezaan antara wadi dan mazi serta apakah situasi2 yang menjurus kepada istihadhah.

*agak panjang untuk dinukilkan di sini. Mungkin boleyh dipertimbangkan untuk dibuat suatu program seumpamanya di Cardiff sementelah di sini, ada ramai muslimat yang perlukan pengisian sebegitu namun kita tetap perlukan orang yang mahir untuk menjawab persoklan2 fiqh tersebut. Selesai perbincangan fiqh wanita yang tak sempat menyentuh tentang nifas, terdapat pengisian daripada kak Nik tentang kepimpinan, professionalisma & fesyen yang melibatkan wanita.

ps: perkongsian daripada Forum Perdana Hal Ehwal Islam di Kota London akan menyusul.

Sunday, 28 November 2010

let's be more organise

Assalamu'alaikum.

We love to be a Muslim
because we KNOW Islam is the best,
Islam is THE truth.
In many ways,
Allah show us the miracle in His creation
for us to think and worship Him
without any doubt and fully confident.
That is Allah's love
to help us to maintain and strengthen our Iman.

I be a Muslim not because there is so many miracle in Islam,
not because my parent is Muslim,
but (once again) because I KNOW ISLAM IS THE TRUTH.
We need to find ourself how KNOW is.

*****************************************************

In the program called (ONE FAMILY) on MAJD channel

The speaker was Dr.Yahya Alyahya (head of the CALL to Islam Committee)


He said that Muslims are never disorganized;

they just need to be CONVINCED.


THEN HE TOLD A STORY OF AN AMERICAN NON MUSLIM MAN

WHO WAS DISCUSSING ABOUT ISLAM WITH HIM

WHILE HE WAS WATCHING LIVE

ON BROADCAST OF SALAT ISHA' FROM KAABAH, ON TV.













The American man was so amazed of how crowded is the masjid,

more than 3 million Muslims were there at the last nights of the holy month of Ramadan,

so crowded, so disorganized.




The sheikh asked the Non-Muslim man:

How long do you think they'll take to organize themselves in rows and start the Salaat?

He answered: at least 2-3 hours

The sheikh said: but the masjid (HARAM) of Kaaba is 4 floors

The man said: OH, this's will make it about 12 hours then
The sheikh said: put in your mind that they are from countries
all over the world with different languages.

The American man said:

THEN IT's IMPOSSIBLE TO ORGANIZE THEM BY ANY MEANS!!

Then the Salaat time came, and Sheikh Sudais of Makkah

stood up and said (ESTAWOO) = Arrange yourselves



And within seconds, the whole scene changed
and the crowd of 3 million Muslims arranged themselves
in well-organized rows in NO TIME !!




The American man stared at the TV screen for a moment,

and then said:



ASH-HADU AN LA ILAHA ILLA ALLAH

WA ASH-HADU ANNA MOHAMMADAN RASOOLOLLAH.


(I bear witness that there is none worthy of worship but ALLAH,

and I bear witness that Mohammad is His Servant and Messenger)


Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar!