Friday, 1 December 2006

THE FOOL THINGS I HAVE DONE

Dalam kehidupan ini, kita semua mesti pernah melakukan perkara bodoh. Benda-benda yang tidak sepatutnya kita buat. Walau apapun yang paling penting apakah sikap kita tentang perbuatan yang telah kita buat itu. Adakah kita perbaiki dan bertaubat dari berbuat lagi perkara yang sama, atau kita tak kisah pun tentang perbuatan kita tersebut malah mengulanginya lagi?

Al-Quran menggambarkan sifat-sifat orang munafik yang berkaitan dengan perbuatan bodoh mereka. Firman Allah ,

“Dan tidaklah mereka(orang- orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun kemudian mereka tidak bertaubat dan tidak mengambil pelajaran?“ (Qs: At-taubah:126) .

Orang munafik melakukan perkara bodoh tetapi tidak melakukan pembetulan dan perbaikan. Mereka tidak mengambil pelajaran dari kesalahan mereka sendiri.

Sedangkan Rasulullah saw mengajarkan kepada umatnya untuk sentiasa memperbetulkan sikap-sikap kita. Rasulullah saw bersabda,

“Periksalah diri anda sebelum anda diperiksa. Timbanglah baik buruknya perbuatan kalian sebelum perbuatan anda ditimbang kelak.“ (HR At-Tirimidzi)

Oleh kerana itu, sila buka fail THE FOOL THINGS I HAVE DONE yang anda miliki! Kemudian mulalah perbaiki diri kita step by step.

1) Menangguhkan kebaikan ketika mempunyai kesempatan

Mungkin ini merupakan perbuatan yang paling bodoh sekali. Seorang muslim harus memahami bahawa amalnya tiak mungkin dapat dilakukan oleh orang lain (nasihat Imam Ahmad). Seharusnya dia patut memacu diri untuk terus menerus melakukan banyak kebaikan. Ironi sungguh jika seseorang melepaskan kesempatan untuk berbuat baik begitu sahaja. Mungkin lebih bodoh daripada seorang yang bekerja keras selama sebulan dan membuang wang gajinya begitu sahaja. Untuk apa dia bekerja pada mulanya?!

Kesempatan berbuat kebaikan ibarat mutiara paling berharga dalam kehidupan seorang muslim. Apatah lagi di ketika ramai orang tertindas kerana keimanannya kepada Allah dan di corok bumi yang lain, banyak kaum muslim yang merasakan sempitnya kesempatan untuk berbuat kebaikan itu. Maka, kita yang merasakan kebebasan sepanjang hari untuk berbuat kebaikan, jangan sekali-kali mensia-siakan kesempatan besar ini.

2) Menurut Hawa Nafsu padahal mampu menahannya

Hawa nafsu tidak lain merupakan perhiasan yang diberikan Allah kepada manusia. Hawa nafsu merangkumi keseluruhan unsur duniawi manusia. Tanpa hawa nafsu, tentu makna manusia menjadi kaku. Sebab manusia adalah makhluk Allah yang diberi hawa nafsu dan budi pekerti luhur.

Oleh itu, sungguh merupakan satu kebodohan yang nyata apabila seorang muslim itu menyalurkan hawa nafsunya di sebarangan tempat. Ia menafikan etika moral dan susila yang dijunjung tinggi semenjak kehadiran manusia di muka bumi. Apatah lagi di saat dia mampu menahan hawa nafsu tersebut.

Mungkin kita juga sedemikian. Di saat tidak ada kesempatan untuk berbuat maksiat, kita mahu melakukannya. Kita cuba untuk melakukannya secara sembunyi-sembunyi, mencuri ruang agar boleh melakukan maksiat. Tersebut kisah ikhwan yang suka untuk menonton kisah lucah sedangkan dia tinggal serumah dengan ikhwan yang lain, namun akhirnya ikhwah tersebut terjerumus dalam maksiat yang nyata. Ini boleh dijadikan contoh kebiasaan yang bodoh. Di kala kesempatan maksiat terbuka, kita harus menghindarinya apatah lagi di saat maksiat itu tertutup.

3) Gagal Memanfaatkan Waktu

Waktu adalah amanah Allah. Waktu harus digunakan secara bertanggungjawab. Saat kita lahir di muka bumi, waktu itu dihamparkan oleh Allah. Kita tidak tahu bilakah amanah ini akan dihentikan. Jelasnya, apabila kita mati, ketika itulah kesempatan waktu akan habus. Oleh kerana itu, tiada kata lain yang boleh menggambarkan betapa penting dan urgentnya untuk memanfaatkan waktu.

Ibarat seorang pengguna elektrik. Jika dia diberitahu yang bekalan elektrik cuma akan ada sehingga pukul 7 malam, mereka yang yang bijak dan cerdas pasti akan memanfaatkan penggunaan elektrik itu untuk keperluan yang penting. Namun, bagi yang lalai, ia mungkin akan menghabiskan segala penggunaan eletrik itu untuk bermain playstation sepanjang hari.

4) Terlalu banyak bicara

Salah satu kelemahan manusia adalah terlalu banyak bicara. Apatah lagi di saat dia tidak perlu berbicara pun. Terlalu banyak bicara mengakibatkan kata-kata menjadi miskin makna. Kata-kata tersebut tidak akan menyentuh sanubari. Malah kata-kata itu akan menyinggung banyak hati. Oleh kerana itu, kita harus menjaga kata-kata kita agar bermakna dan bermanfaat.

Terlalu banyak bicara juga akan membuka kesempatan untuk berbohong. Tiada manfaat yang boleh diperolehi si pembohong kecuali kesulitan dan nestapa. Seumur hidup. bergelumang dengan kebohongannya, semakin laju jugalah usahanya untuk menutup kebohongan yang lama. Maka kebohongan baru tercipta. Inilah kebodohan namanya.

5)Terlalu memanjakan angan-angan

Mimpi dan angan-angan sebenarnya mampu menjadi motivasi hidup. Sebahagian manusia menjelmakan angan-angan dan mimpi menjadi cita-cita yang perlu dicapai. Dia boleh mengambil manfaat dari angan-angan tersebut. Dia bekerja keras dan berdoa agar angan-angan dan mimpinya terwujud. Jika tidak, dia akan menganggap perkara itu merupakan ketentuan dari Allah lalu dia redha dan pasrah.

Di sudut lain pula, sebahagian manusia menjadikan angan-angan sebagai penghias di minda. Mereka menghabiskan hidup dengan hanya duduk dan merenungi nasib tanpa melangkah keluar. Mereka hanya berpangku tangan dan tidak bekerja keras. Mereka merasakan diri raja padahal rakyat jelata.

Di sisi lain pula, ada yang terjerumus di dalam cita-cita yang tinggi. Sehingga menghalalkan segala cara untuk menggapai mimpi dan angannya. Dia menjadi tamak dan rakus di saat kejayaan memuncak. Dan dia berasa lemah dan putus asa di saat gagal.

Ini adalah sebahagian kecil senarai kebodohan yang mungkin ditemui di dalam setiap diri manusia. Masih adakah senarai tersebut dalam diri kita? Jangan lakukan perkara yang sama lagi. Setelah meneliti senarai ini haruslah kita berasa kesal dan berani untuk menilai diri sendiri.

No comments: