Wednesday, 13 December 2006

Usrah 4

PERTEMUAN KETIGA 04/06/2006 1400-1500 p.m
Study Room 1 (BIOSCIENCE LIBRARY)

PERMASALAHAN HAID & NIFAS >PART III<

Pembukaan: Sesi soal jawab ttg isu minggu lepas..

7 kategori org yg dtg haid:

  • org yg pertama kali dtg haid (beginner), tgk dan tahu membezakan warna darah
  • org yg pertama kali dtg tgk darah tetapi tidak tahu membezakan warna darah
  • org yg biasa sudah dtg haid dan tahu membezakan warna darah
  • org yg sudah biasa dtg haid tetapi tdk tahu membezakan warna darah
  • org yg sudah biasa dtg haid, ingat bila waktu sepatutnya dtg (ada rekod), tahu membezakan warna darah, tetapi tidak ingat duration @ kadar
  • org yg sudah biasa dtg haid, tahu membezakan warna darah, tahu kadar @ duration dtg, tetapi tidak ingat waktu
  • semua tak tahu.. (tak tahu duration, tak tahu bezakan warna, tak tahu waktu selalunya dtg)

1: org yg pertama kali dtg haid (beginner), tgk darah dan tahu membezakan warna darah

- sbb sudah tahu bezakan warna, hukum jatuh berdasarkan warna..

- hukum 1: warna kuat ialah haid, yg berwarna lemah ialah istihadhah (untuk jenis2 warna, refer usrah 1)

- untuk hukum di atas to be valid, syarat2nya ialah:

  • darah berwarna kuat lesti keluar dlm tempoh melebihi dr 24 jam (tempoh minimum haid)
  • darah yg berwarna kuat tidak boleh keluar melebihi 15 hari 15 malam (tempoh maksima haid)
  • darah yg berwarna lemah keluar melebihi 15 hari

hukum 1 ini juga valid sekiranya (exception):

  • kalau darah yg keluar terdiri dr pelbagai darjah warna (hitam, merah, kuning), mesti lah darah yg darjah lebih tinggi keluar dahulu
  • mestilah bersambungan antara darah kuat dan dhaif
  • jumlah hari total tidak boleh lebih 15 hari

hukum 2: 24 jam sahaja dikira haid, yg lain dikira istihadhah

  • untuk org yg tdk tahu membezakan warna
  • syarat2 hukum 1 tidak dipenuhi (dah konpius sgt2, so satu hari shj dikira haid)

hukum 3: tidak boleh beramal dgn adat

  • setiap individu adalah unik..
  • contohnya sbb baru dtg haid, so tanya2, ada org ckp "biasanya 5 hari..."
  • tak semestinya, setiap individu lain

POP KUIZZ!!!

soalan 1: 8 hari hitam -> 8 hari merah -> 8 hari coklat

jawapan: hanya 8 hari pertama shj haid, yg lain istihadhah

soalan 2: 1 hari hitam -> 16 hari merah

jawapan: hanya hari pertama haid, yg lain istihadhah

soalan 3: 1 hari merah -> 16 hari hitam

jawapan: satu hari shj haid, yg lain istihadhah (under hukum 2 sbb tak memenuhi syarat hukum 1) ==> jd ganti 16 hari solat yg sudah ditinggalkan..

Wednesday, 6 December 2006

Usrah 3

PERTEMUAN KETIGA 04/06/2006 1400-1500 p.m
Study Room 1 (BIOSCIENCE LIBRARY)


Sejarah bermula Haid, ada bbrp pendapat
  • semasa zaman anak2 nabi adam (yg perempuan)
  • semasa zaman wanita Bani Israel
  • selepas Hawa memakan buah khuldi (kekotoran dikeluarkan melalui haid)

Bila bermulanya Haid?

Paling awal, 15 hari sebelum hari lahir ke 9 (jika sebelum itu, bukan haid)

Tanda2 baligh (mengikut urutan):
  • Selepas kedatangan haid
  • Berumur 15 thn
  • Mengandung
  • hehehe....
* maksud mengikut urutan : klu dh umur 15 thn tp masih belum dtg haid, dikira baligh, tp jika belum dtg haid, belum berumur 15 thn, tp mengandung, dikira sudah baligh.. tp jika belum dtg haid, belum berumur 15 thn, tdk mengandung, tetapi sudah mengalami tanda2 ke-4, dikatakan sudah baligh juga...

Tamat dtg haid
  • Menurut Imam Syafi'e : 50 thn
  • Bergantung - lbh byk kali mengandung, lebih lambat tamat haid (penjimatan ovum)
Tempoh haid:
  • paling sekejap 24 jam
  • normal 7 hingga 8 hari
  • 15 hari 15 malam (tetpai menurut mazhab Hanafi maksimum 17 hari)

Tempoh suci - sekurang2nya 15 hari 15 malam

*klik pada rajah untuk imej lbh besar

* darah mulai keluar kembali semasa hari ke -10.. tiba2 berlanjutan keluar sehingga hari ke 17.. (sepatutnya tempoh haid max 15 hari 15 malam), jadi semenjak hari ke 10 lagi sudah dikira darah istihadhah. jadi solat yg ditinggalkan mestilah diganti.


Kalau keluar haid semasa mengandung??
  • mazhab syafi'e - kalau di dalam cycle haid yg biasa : dikira haid
  • mazhab hanafi - darah penyakit

Jika keluar haid sebelum bersalin?

  • dikira darah istihadhah - wajib mengganti solat

Semasa in between anak kembar? (max tempoh 6 bulan)

  • jika tempoh between 2 anak kurang dr 6 bulan --> darah yg keluar in between 2 anak itu ialah istihadhah (bukan nifas, nifas ialah darah yg keluar apabila rahim sudah bersih), jadi solat wajib diganti.
  • jika tempoh between 2 anak melebihi 6 bulan --> dikira 2 kelahiran berbeza yg berbeza, kedua2nya dikira darah nifas.

Bolehkah mengambil pil hormon untuk me-regularkan kitaran haid?

  • boleh... (tp jgn risau, selalunya kitaran akan menjadi normal selepas bersalin)
  • kalau sudah berkahwin, mesti dgn kebenaran suami
  • tiada kesan sampingan lain

Bolehkah mengambil pil hormon untuk mengelakkan haid utk menunaikan umrah/haji?

  • boleh
  • jika sudah berkahwin, mesti dgn kebenaran suami
  • tiada kesan sampingan lain

Sunday, 3 December 2006

Kuliah Tafseer, Siri 1

PERTEMUAN PERTAMA 02/12/2006 1030-1230

Dar'ul Isra Mosque

dibawakan khas oleh Ustaz Nazri Abdul Razak

klik link untuk pengisian penuh..

untuk slide, sila email azad282@yahoo.co.uk
untuk audio, sila email aufa_0510@yahoo.com


Friday, 1 December 2006

THE FOOL THINGS I HAVE DONE

Dalam kehidupan ini, kita semua mesti pernah melakukan perkara bodoh. Benda-benda yang tidak sepatutnya kita buat. Walau apapun yang paling penting apakah sikap kita tentang perbuatan yang telah kita buat itu. Adakah kita perbaiki dan bertaubat dari berbuat lagi perkara yang sama, atau kita tak kisah pun tentang perbuatan kita tersebut malah mengulanginya lagi?

Al-Quran menggambarkan sifat-sifat orang munafik yang berkaitan dengan perbuatan bodoh mereka. Firman Allah ,

“Dan tidaklah mereka(orang- orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun kemudian mereka tidak bertaubat dan tidak mengambil pelajaran?“ (Qs: At-taubah:126) .

Orang munafik melakukan perkara bodoh tetapi tidak melakukan pembetulan dan perbaikan. Mereka tidak mengambil pelajaran dari kesalahan mereka sendiri.

Sedangkan Rasulullah saw mengajarkan kepada umatnya untuk sentiasa memperbetulkan sikap-sikap kita. Rasulullah saw bersabda,

“Periksalah diri anda sebelum anda diperiksa. Timbanglah baik buruknya perbuatan kalian sebelum perbuatan anda ditimbang kelak.“ (HR At-Tirimidzi)

Oleh kerana itu, sila buka fail THE FOOL THINGS I HAVE DONE yang anda miliki! Kemudian mulalah perbaiki diri kita step by step.

1) Menangguhkan kebaikan ketika mempunyai kesempatan

Mungkin ini merupakan perbuatan yang paling bodoh sekali. Seorang muslim harus memahami bahawa amalnya tiak mungkin dapat dilakukan oleh orang lain (nasihat Imam Ahmad). Seharusnya dia patut memacu diri untuk terus menerus melakukan banyak kebaikan. Ironi sungguh jika seseorang melepaskan kesempatan untuk berbuat baik begitu sahaja. Mungkin lebih bodoh daripada seorang yang bekerja keras selama sebulan dan membuang wang gajinya begitu sahaja. Untuk apa dia bekerja pada mulanya?!

Kesempatan berbuat kebaikan ibarat mutiara paling berharga dalam kehidupan seorang muslim. Apatah lagi di ketika ramai orang tertindas kerana keimanannya kepada Allah dan di corok bumi yang lain, banyak kaum muslim yang merasakan sempitnya kesempatan untuk berbuat kebaikan itu. Maka, kita yang merasakan kebebasan sepanjang hari untuk berbuat kebaikan, jangan sekali-kali mensia-siakan kesempatan besar ini.

2) Menurut Hawa Nafsu padahal mampu menahannya

Hawa nafsu tidak lain merupakan perhiasan yang diberikan Allah kepada manusia. Hawa nafsu merangkumi keseluruhan unsur duniawi manusia. Tanpa hawa nafsu, tentu makna manusia menjadi kaku. Sebab manusia adalah makhluk Allah yang diberi hawa nafsu dan budi pekerti luhur.

Oleh itu, sungguh merupakan satu kebodohan yang nyata apabila seorang muslim itu menyalurkan hawa nafsunya di sebarangan tempat. Ia menafikan etika moral dan susila yang dijunjung tinggi semenjak kehadiran manusia di muka bumi. Apatah lagi di saat dia mampu menahan hawa nafsu tersebut.

Mungkin kita juga sedemikian. Di saat tidak ada kesempatan untuk berbuat maksiat, kita mahu melakukannya. Kita cuba untuk melakukannya secara sembunyi-sembunyi, mencuri ruang agar boleh melakukan maksiat. Tersebut kisah ikhwan yang suka untuk menonton kisah lucah sedangkan dia tinggal serumah dengan ikhwan yang lain, namun akhirnya ikhwah tersebut terjerumus dalam maksiat yang nyata. Ini boleh dijadikan contoh kebiasaan yang bodoh. Di kala kesempatan maksiat terbuka, kita harus menghindarinya apatah lagi di saat maksiat itu tertutup.

3) Gagal Memanfaatkan Waktu

Waktu adalah amanah Allah. Waktu harus digunakan secara bertanggungjawab. Saat kita lahir di muka bumi, waktu itu dihamparkan oleh Allah. Kita tidak tahu bilakah amanah ini akan dihentikan. Jelasnya, apabila kita mati, ketika itulah kesempatan waktu akan habus. Oleh kerana itu, tiada kata lain yang boleh menggambarkan betapa penting dan urgentnya untuk memanfaatkan waktu.

Ibarat seorang pengguna elektrik. Jika dia diberitahu yang bekalan elektrik cuma akan ada sehingga pukul 7 malam, mereka yang yang bijak dan cerdas pasti akan memanfaatkan penggunaan elektrik itu untuk keperluan yang penting. Namun, bagi yang lalai, ia mungkin akan menghabiskan segala penggunaan eletrik itu untuk bermain playstation sepanjang hari.

4) Terlalu banyak bicara

Salah satu kelemahan manusia adalah terlalu banyak bicara. Apatah lagi di saat dia tidak perlu berbicara pun. Terlalu banyak bicara mengakibatkan kata-kata menjadi miskin makna. Kata-kata tersebut tidak akan menyentuh sanubari. Malah kata-kata itu akan menyinggung banyak hati. Oleh kerana itu, kita harus menjaga kata-kata kita agar bermakna dan bermanfaat.

Terlalu banyak bicara juga akan membuka kesempatan untuk berbohong. Tiada manfaat yang boleh diperolehi si pembohong kecuali kesulitan dan nestapa. Seumur hidup. bergelumang dengan kebohongannya, semakin laju jugalah usahanya untuk menutup kebohongan yang lama. Maka kebohongan baru tercipta. Inilah kebodohan namanya.

5)Terlalu memanjakan angan-angan

Mimpi dan angan-angan sebenarnya mampu menjadi motivasi hidup. Sebahagian manusia menjelmakan angan-angan dan mimpi menjadi cita-cita yang perlu dicapai. Dia boleh mengambil manfaat dari angan-angan tersebut. Dia bekerja keras dan berdoa agar angan-angan dan mimpinya terwujud. Jika tidak, dia akan menganggap perkara itu merupakan ketentuan dari Allah lalu dia redha dan pasrah.

Di sudut lain pula, sebahagian manusia menjadikan angan-angan sebagai penghias di minda. Mereka menghabiskan hidup dengan hanya duduk dan merenungi nasib tanpa melangkah keluar. Mereka hanya berpangku tangan dan tidak bekerja keras. Mereka merasakan diri raja padahal rakyat jelata.

Di sisi lain pula, ada yang terjerumus di dalam cita-cita yang tinggi. Sehingga menghalalkan segala cara untuk menggapai mimpi dan angannya. Dia menjadi tamak dan rakus di saat kejayaan memuncak. Dan dia berasa lemah dan putus asa di saat gagal.

Ini adalah sebahagian kecil senarai kebodohan yang mungkin ditemui di dalam setiap diri manusia. Masih adakah senarai tersebut dalam diri kita? Jangan lakukan perkara yang sama lagi. Setelah meneliti senarai ini haruslah kita berasa kesal dan berani untuk menilai diri sendiri.