Tuesday, 29 April 2008

Bila April :)

26 April 2008. Matahari memancarkan sinarnya menyelaputi seluruh pelusuk alam ciptaan Allah. Hari ini bukan seperti hari-hari sebelumnya. Aku dan beberapa sahabat berhajat untuk menyertai 'Cycle for Gaza, Walk for Gaza' yang dianjurkan oleh Islamic Relief. Setibanya kami di Blackweir, beberapa orang lelaki, wanita dan kanak-kanak telah pun berada di situ. Selesai pendaftaran, kami tak melepaskan peluang untuk bergambar. Jadi budak rempit aku arini :P Tapi kami merempit dengan beskal aje. Merempit pun bukan untuk suka-suka, ada tujuan dan ada matlamat tau. (mungkin gelaran budak rempit tu tak sesuai...so, aku tukarlah - budak cemerlang). Makin lama matahari semakin terik...manusia yang datang pun makin ramai...

"Aish...bile nak start ni??", aku bermonolog seorang diri. "Kaki nih dah gatal nak kayuh beskal", aku bermonolog lagi.



Hari ini aku melihat basikal bergelimpangan.
Di Palestin sana, mayat-mayat yang bergelimpangan.


Lebih kurang pukul 12 tengah hari, barulah acara dimulakan dengan ucapan seorang wanita...sape die arr?? Aku luper lah...aku rase die Mayor kot...Pastu dia adalah 'membebel' sket2...die kata situasi kat Palestin makin teruk skarang ni. Elektrik tak ada, kehidupan memang susah. Sebaliknya kita kat sini bersenang lenang pasang laptop 24/7. Lampu ngan heater pasang ikut suka, pembaziran memang berleluasa...dan macam-macam lagi. (ni aku tambah sendiri, bukan Mayor tu cakap). Memang kene kat muke sendiri...Pastu ada wakil Islamic Relief plak yang bagi ucapan. Kata-kata dia yang paling aku ingat ialah: Sape-sape yang berjalan kaki atau berbasikal hari ini, mungkin akan berasa susah. Tapi ingatlah bahawa kesusahan anda itu tiada apa-apa jika dibandingkan dengan nasib penduduk Palestin. (aku tak ingat exact words dia...tapi lebih kurang macam tulah bunyiknye).

Tak lama lepas tu...
countdown dimulakan dan aku dan sahabat-sahabat terus mengayuh basikal kami ..opss sori...basikal yang dipinjam (Credits to pemilik2 beskal). Kayuh punya kayuh aku dah terasa semput...Inilah padah nya lama sangat berhibernasi...Beruang kutub pun hibernate masa winter je. Aku ni dari winter ke spring sampai ke summer pon asek hibernate aje...Ape kejadah nye semua ini?? (aku pinjam ayat pengacara Edisi Siasat). Tapi, lepas tu aku ok lah...



Pemandangan di sepanjang perjalanan merentasi Taff Trail.

Selepas beberapa lama mengayuh...aku ternampak destinasi tujuan kami iaitu Castell Coch atau dlm Bahasa Inggeris dipanggil
Red Castle. Walaupun dah nak sampai, keadaan geografi yang berbukit-bukit menyebabkan aku terpaksa turun dan menolak basikal yang dinaiki. Sampai je kat castell tu aku terkebil-kebil...hadoi...curam giler bukit nih...bak kata sahabat aku...ni Incredible Hulk je boleh naik atas ngan beskal ni. Silap ari bulan Hulk tu pun instead of jadi kale ijau terus jadi kale biru. Dalam kepayahan menaiki bukit tu, sampai gak kami di 'puncak gunung yang tertinggi di dunia'. Edmund Hillary ngan Tenzing pun kalah ni...diorang tak tolak beskal macam kitorang :P Setelah bergambar seround dua, aku ngan sahabat-sahabat pun bertolak balik ke tempat permulaan. Balik senang sket..sebab turun bukit. Pastu, bila dh settle sume, kami pun balik ke rumah dengan seribu kenangan...hehehe...Begitulah berakhirnya kembara kami dengan basikal...



Inilah Castell Coch yang kitorang pergi aritu. Castell ni kecik je.
Lagi kecik daripada Cardiff Castle dan castle kesukaan aku iaitu Caerphilly Castle.

Sebenarnya, cerita aku ni tak de ape-ape sangat. Cuma yang aku nak sampaikan kat sini adalah tentang tahap kepekaan kita terhadap naseb umat Islam di Palestin khususnya dan di seluruh dunia. Bila difikir-fikir balik, aku tertanya-tanya...apa sumbangan aku untuk sedara Islam aku kat Palestin? Untuk umat Islam di Afghanistan?? Untuk umat Islam di Malaysia. Setakat derma-derma, pastu lupe pada mereka yang memerlukan...Kalau Allah tanya kat akhirat nanti...ape aku nak jawab??? Dan aku teringat pada kata-kata seorang ustaz bahawa Islam ini bukan dicemarkan oleh golongan kuffar, sebaliknya, orang Islam yang lebih banyak mencemarkan agama Islam itu sendiri. Golongan non-Muslim sudah pastilah mereka tidak tahu / tidak diberitahu / tidak mahu percaya dengan kewujudan Allah. Jadi, kita yang Muslim ni lah sepatutnya harus memperkenalkan siapa Allah kepada mereka. Peringatan untuk diri aku juga...yang tak pernah berusaha mendekati golongan non-Muslim. Ustaz juga ada berkata bahawa sebelum golongan kuffar dicampakkan ke dalam neraka, orang-orang Islam akan dicampakkan dulu dalam neraka. Sebabnya, tidak pernah mengajak orang lain ke arah kebaikan, ke arah Islam. Nauzubillah. Bayangkan...sebelum Firaun yang memang otai tu masuk dalam neraka, kita pulak yang dah ada kat dalam neraka...Nauzubillah...Astaghafirullah...

Ni pendapat beberapa sahabat yang turut sama berbasikal aritu. Kalo diorang tak bagitahu, aku pun tak sedar kewujudan event ni.

"Bagi saya, Cycle 4 GAZA hari tu satu pengalaman yang menarik, sebab first time saya join event macam tu. Waktu saya mintak sponsor untuk event hari tu, ada sorang coursemate saya cakap, dia tak faham apa purpose kita cycle untuk mintak derma. Dia kata, kalau orang derma semata-mata sebab saya nak cycle, (dan bukan untuk tolong Palestinians kat GAZA) macam dah menyimpang daripada tujuan yg sebenarnya. Tapi, bagi saya, event macam ni lagi menaikkan semangat untuk orang menderma...sebab bila kita kutip derma, kita menunjukkan yang kita sendiri telah memberi effort kita sendiri. so...mungkin boleh menggalakkan org lain derma jugak."- I.Y.

"Perjalanan sungguh menyeronokkan...walaupun mengalami kerosakan kecil pada basikal, tapi semangat terus membara untuk meneruskan pengayuhan sehingga ke brek yang terakhir...hehe...pemandangan sangat cantik. Subhanallah...Dari atas Castell Coch tuh lagi cun....rugi woo tak join, dapat sijil lagi tu...Selain menyumbang utk GAZA, dapat berkenal-kenalan dan juga melihat keindahan alam di samping menyihatkan badan." - Saripah



Trofi itu, berada jua dalam genggaman kami...hehehe...

Nota penulis: Catatan ini adalah hasil pemerhatian dan pengalaman penulis. Tiada kaitan dengan mana-mana orang perseorangan atau sebarang organisasi atau badan bukan kerajaan. Corak penulisan adalah berbentuk santai dan terdapat penggunaan kosa kata Bahasa Inggeris dan slanga yang tidak sesuai digunakan dalam penulisan formal. Sebarang komen atau pendapat adalah amat dialu-alukan. Sekian. Harap maklum.

2 comments:

Anonymous said...

wah....active betul ye muslimah2 cardip ni..inilah muslimah contoh..peace~

Anonymous said...

Peace kembali pd org x bernama di atas :)