DIC 2008 telah mengupas isi kandungan Bidayatul Hidayah secara sepintas lalu kerana faktor kekangan masa. Walaupun setiap perkara tidak dapat dibincangkan dengan secara mendalam, peserta-peserta DIC 2008 tetap berpeluang untuk mengemukakan persoalan-persoalan berkaitan isi kandungan kitab ini. Antara perkara yang telah dibincangkan semasa DIC 2008 adalah:
+ Kepentingan niat untuk menuntut ilmu hanya kerana Allah s.w.t.
+ Adab-adab harian seperti adab bangun tidur, adab memasuki tandas, adab wudhu', adab mandi, adab di masjid, dan adab tidur
+ Solat dan Puasa
+ Adab-adab hari Jumaat
+ Cara-cara meninggalkan maksiat (melalui penjagaan penglihatan, telinga, lidah, perut, kemaluan/kehormatan, kaki dan hati)
+ Adab dengan Allah
+ Adab orang yang berilmu dan adab orang yang belajar
+ Adab dengan ibu bapa
+ Adab dengan sahabat dan orang yang tidak dikenali

Kitab ini sangat berguna bagi setiap umat Islam untuk memandu kita dalam kehidupan seharian sebagai seorang Muslim. Seperti yang diberitahu semasa DIC 2008, orang Islam mestilah menunjukkan ciri-ciri sebagai seorang Islam. Percakapan, cara pemakaian, perbuatan, dan pemikiran seorang Muslim mestilah menggambarkan ajaran Islam itu sendiri. Oleh itu, mungkin program-program seperti DIC 2008 dapat diadakan dan dijadikan acara tahunan di Cardiff. Semoga Allah permudahkan usaha hamba-hambaNya untuk menuntut dan mengamalkan ilmu yg dipelajari. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment