Malaysian Muslimah Circle in Cardiff
Tuesday, 21 October 2008
WACANA MENELADANI PERISTIWA HARI HARTAL
Warga TeamUsrahCardiff, dengan kerjasama MSSCF (Malaysian Student Society of Cardiff University) dengan ini menjemput anda ke diskusi ilmiah yang kami anjurkan iaitu:
“WACANA MENELADANI PERISTIWA HARI HARTAL”
Hari Hartal jatuh pada tanggal 20 Oktober 1947. Pada hari tersebut, rakyat Tanah Melayu berpakat untuk protes dan mogok kepada pemerintahan British di Tanah Melayu. Tindakan ini merupakan suatu manifestasi perjuangan rakyat Tanah Melayu dalam memerdekakan negara mereka serta menyingkirkan penjajah British secara total. Meskipun ditentang dan ditekan dengan hebat oleh si penjenayah British, masyarakat Melayu, Cina dan India bersatu hati dan bergabung tenaga menjadi pejuang-pejuang tanahair menentang kezaliman dan menuntut kemerdekaan mutlak.
Wacana ini akan cuba menjawab beberapa persoalan penting, iaitu:
- Mengapa berlakunya peristiwa ‘Hari Hartal’?
- Apakah strategi yang digunakan British untuk menyekat kemaraan rakyat Tanah Melayu?
- Apakah signifikannya peristiwa tersebut dengan situasi semasa Malaysia?
Panel yang dijemput untuk membincangkan isu ini ialah Saudara Muhaimin Bin Sulam. Beliau merupakan seorang mahasiswa pasca-ijazah PhD di University of Wales, Lampeter.
Berikut merupakan maklumat lanjut program:
Tarikh : Ahad, 26 Oktober 2008
Tempat: Darul Isra’ Islamic Centre
Masa : 1.45 petang – 3.45 petang
Sekiranya anda berminat untuk menghadiri ke wacana ini, sila emailkan NAMA, UNIVERSITI dan TAHUN PENGAJIAN kepada Saudari Dayang Nur Hadziah di email – mind_empirez@yahoo.co.uk
Untuk maklumat lanjut, hubungi Azad di email azad282@yahoo.co.uk
Sekian, terima kasih.
Mohamed Azad
Pengarah Program
Wacana Meneladani Peristiwa Hari Hartal
CREDITS TO MYCF10.CO.UK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ok. I found an information here that i want to look for.
thank you!!
Post a Comment