Sudah lama rasanya saya tidak meng'update' laman kita ini, asyik sibuk dengan laman sendiri saja..haha..
Tadi, masa bosan-bosan membaca buku pasal Mental Health etc...Penatlah otak ni berfikir dan mengingat..
Terdetik di hati untuk memasak untuk ahli seisi rumah Planta@19 dinner yang special, tapi tak nak masak sesuatu yang typical. Nak kelainan sikit kali ni..maka terbitlah satu idea menu...
Ayam Sekilas Pandang
Bahan-bahan masakan:
1. Ayam bahagian dada yang dipotong dadu
2. Bawang besar dan bawang putih dipotong kecil
3. Cendawan dipotong mengikut selera
4. Lada benggali (Pepper) tiga warna --> merah,kuning,hijau..ini yang saya pakai la, kalau nak tambah lagi satu warna pun boleh..ada warna oren jugak. Ni ikut citarasa sendiri la ye...dipotong panjang-panjang dan nipis.
Cara-cara memasak:
1. Tumiskan bawang-bawang sehingga naik bau yang harum.
2. Campakkan ayam
3. Tuangkan 3 sudu besar sos tiram dan biarkan ayam itu masak selama 7 minit
4. Taburkan serbuk cili sesuka hati untuk mendapatkan warna merah Garam sesuka rasa
5. Taburkan cendawan dan pepper dan gaulkan
Siap untuk dihidang!!!!
Mudah bukan?? Percayalah..sangat cepat memasaknya..saya hanya mengambil masa selama 30 minit untuk memasak resepi ini. Sesuai untuk kita sebagai muslimah yang bergelar student. Balik dari kelas mesti lapar kan.. ?? Terutama yang suka memasak tapi tak suka lama-lama kat dalam dapur..hehe...
Cubalah..resepi ayam sekilas pandang...
Nanti saya akan kongsikan resepi 'Chicken' Lemon pula...hahaha..mesti sedap..ramai yang sudah merasa... Cuma saya belum kongsikan lagi resepinya..
"Cooking is a therapy"
Mahfuzah Zainol
Occupational Therapy
4 comments:
saya sebagai wakil haousemate sudi berkongsi pengalaman. mmg tak terkata kesedapanye. terkilas kilas uhuhuhu. mari ramai2 mencoba!
salam
wah wah..ni bukan ayam sekilas pandang..ni ayam sekilas di kuali, sudah tahu sedap atau tidak..hehehhe
ganas lah masakan ni, siap ada adegan campak mencampak ayam..huuuu~ dasyat la..hehe
halawatul iman, seb baik xde silat sekali. Tapi mmg nampak lazat berkrim. Nanti nak cuba la ;)
haha..bagus2 cuba2. dalam gmbar tu sebenarnye adalah baki selepas kami seisi rumah makan..hehe, boleh bayangkan la banyak mane saya masak td..
Post a Comment