Sunday 25 January 2009

Lemon Chicken 'Pello style'



Wahaha..hasrat untuk memasak telah tercapai. Inilah resepi 'Lemon Chicken Pello' . Pertambahan perkataan Pello adalah idea dari 'housemates' saya. Mungkin kerana saya baru beli kerusi malas PELLO semalam kot.

Lemon Chicken Pello Style
Ni saya masak sendiri..bukan gambar dari buku resepi...hehe

Bahan-bahan memasak :

1. Ayam seekor

2. Tepung jagung


3. Lemon juice/lime juice

4. Gula


5. Lada sulah



Cara-cara memasak :


1. Goreng ayam dengan tepung goreng ayam yang boleh didapati di kedai-kedai berhampiran.

2. Kemudian, untuk sos lemon, masukkan lemon juice setengah botol ke dalam periuk.


3. Bancuh 1 sudu tepung jagung dengan 1 cawan air panas dan tuang ke dalam periuk dan perlahankan api.


4. Masukkan 6 sudu gula dan kacau perlahan-lahan.


5. Taburkan lada sulah sesuka hati.


6. Tutup api apabila sos lemon kelihatan pekat.

Sedap kan?? Erm...lazatnya..bunga itu dipetik dari pasu bunga di rumah kami..

Cara penyediaan :


1. Ayam yang telah digoreng tadi disusun dalam pinggan.

2. Tuangkan sos lemon yang dimasak tadi ke atas ayam-ayam yang telah digoreng.


Siap!!! Sedia untuk dihidang bersama nasi dan air sirap selasih.Air selasih yang didatangkan khas dari Malaysia..

Ni la hidangan tengahari Lemon Chicken bersama air sirap selasih..marvellous!!

Hehe..Mudah kan...senang aja..cuma goreng..

Semua gambar-gambar di atas adalah hasil tangan dan camera seorang 'housemate'ku, Kak Faezah...hehe..credit to her!!! Marvellous pics!!

5 comments:

langsirkalerbiru said...

bunga dan daun2 tersebut kita jadikan sebagai ulam, ye tuan2 dan puan2 sekalian.

(^_^)

MahFuzaH said...

haha..kelakar la mai..

ntah ntah bunga tu beracun..mana la tau...aku main bedal je petikbunga yg hidup dlm pasu bunga kat living room tu.

isac said...

Nice pictures. Boleh publish buku memasak keluaran Cardiff ni.

MahFuzaH said...

oh thanks isac! they were not my pictures anyway..

i was just a cook, not the photographer.

compliments were only on the pictures..?? where's the credit to the cook?? hurm..

The lady ♥ said...

hehe.ayam menyelerakan. bunga pulak menarik dan sedap. daun pon amat hijau dan menarik lah. tini bagi 98%. juri yang lain, sila komen. sot set sot set. ya, andalah juara hari ini!hahaa.=) nak satu boleh?