Nisa Club Cardiff
Objektif penubuhan:
· Membina unkhuwwah antara muslimat di Cardiff (ie postgrade, undergrade, golongan bekerja etc)
· Memperkasakan muslimat dengan ilmu-ilmu yang tidak dipelajari di sekolah (ie memasak, menjahit, berkebun etc)
· Sebagai platform dakwah (ie menimbulkan minat dalam Islam melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan)
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- ------
Barisan kepimpinan:
Pengerusi : Wan Haifa Athirah binti Wan Mansor
Setiausaha: Ira Munira binti Mansor
Bendahari: Nurul Husna binti Anwar
Ketua unit Penerbitan: Mahfuzah binti Zainol
Ketua unit Perhubungan Awam:
Ketua unit Tarbiyyah:
Ketua unit Tugas-tugak Khas:
Moderator YG: Haifa dan Mahfuzah
Cadangan aktiviti (buat sementara waktu) dan sedikit penghuraian:
1. Newsletter daripada Nisa Club akan dikendalikan oleh Mahfuzah binti Zainol.. Jazakillah ya ukhti atas idea yang bernas dan kesanggupan untuk volunteer.. Beliau akan mengatur gerak kerja (ie jadual penggiliran etc) dan insyaAllah, kita masing-masing diperlukan untuk menyumbang sesuatu dalam penghasilan newsletter tersebut (ie artikel-artikel pembinaan jati diri, resepi-resepi masakan etc)..
2. Program memasak bersama mentor
(insyaAllah, untuk projek ini, satu committe akan dibentuk di kemudian hari..)
Setiap mentor (postgrade/golongan bekerja) akan di assign kan untuk mentarbiyyah beberapa orang undergrade (ilmu memasak). Maka, kita masing-masing akan dipecahkan kepada mentor-mentor tersebut. Jadual pembelajaran akan diaturkan oleh antum dengan mentor masing-masing..
· Minggu pertama, kita belajar buat kuih-muih..
· Minggu kedua, kita belajar buat lauk-pauk..
· Minggu ketiga, iaitu pada Hari Ukhuwwah, kita akan mempersembahkan hasil pembelajaran kita..
Dari Meja Founder : Dayang Nur Hadziah
No comments:
Post a Comment