Wednesday, 12 August 2009

Senarai Semak Ke Cardiff ~Ahlan Wasahlan Juniors~



Sebelum berangkat ke Cardiff

1. Pastikan anda telah menghubungi senior-senior anda di Cardiff. Kami sedia membantu. Perkara terakhir yang anda perlu lakukan ialah memaklumkan pada kami tarikh penerbangan dan ketibaan anda ke UK. Ini sangat penting kerana anda pasti akan kebingungan seandainya tiada siapa yang menyambut anda setibanya anda di Cardiff. Pastikan ini.


2. Pakaian. Anda tidak perlu membeli pakaian musim sejuk (glove, jumper, snow cap etc) yang banyak di Malaysia. Beli sahaja di sana. Lebih murah, banyak pilihan dan up-to-date. Pun begitu bawa sehelai baju sejuk untuk kegunaan anda ketika tiba di Cardiff. Baju-baju lain bawalah secukup rasa. Ketika itu besar kemungkinan musim autumn yang tidak terlalu sejuk.


3. Semak dengan Cardiff University sama ada mereka ada menyediakan perkhidmatan bas dari Heathrow ke Cardiff atau tidak. Sekiranya ada, buat tempahan (bas percuma), kerana tiket bas yang dibeli secara terus di kaunter berharga lebih kurang GBP36 (mungkin lebih mahal atau murah). Jumlah ini pastinya agak tinggi bagi anda yang mula menjejakkan kaki ke sana dengan sifir mudah mendarab 5.7 di kepala.


4. Alat tulis, alatan mandi bawa sekadar 3 minggu kegunaan. Selepas itu anda boleh beli di sana.


5. Bawalah perencah masakan, mi segera (tak baik untuk kesihatan), kuih raya atau apa-apa sahaja yang ringan. Periuk nasi yang kecil sangat berguna. Rancang dengan rakan-rakan yang lain kerana tidak ada keperluan untuk bawa seorang seperiuk.


6. Juga tidak ada keperluan mendesak untuk anda membeli buku di Malaysia. Banyak buku disediakan di perpustakaan universiti. Kalau anda bercadang demikian, pastikan buku yang dibeli merupakan buku yang disyorkan oleh universiti. Tanya senior anda.


7. Pastikan perkara asas seperti passport dan visa diselesaikan secepat mungkin. Ini akan memudahkan dan mempercepat urusan anda ke sini.

Setelah tiba di Cardiff

1. Anda akan tiba di Heathrow Airport dan akan disambut oleh pegawai MSD/MARA/JPA atau pelajar senior. Jika tidak ada sesiapa yang menanti anda, jangan panik. Selesaikan segala urusan kastam dan terus cari Cardiff University bus service (kelolaan university). Sekiranya anda tidak buat tempahan, terus ke stesen bas (masih dalam bangunan airport) dan beli tiket. Perjalanan ke Cardiff akan mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih. Pastikan anda sudah maklumkan pada senior akan ketibaan anda.


2. Jangan lupa hubungi ibubapa anda setelah sampai!


3. Jangan lupa nama hall of residence anda. Catat di mana-mana.


4. Pastikan anda mengambil cakna tentang program induksi universiti, biasanya seminggu atau dua minggu sebelum kelas bermula. Ketika itulah urusan bank, pendaftaran, pemilihan society dan club akan berlangsung.


5. Daftar diri di MSD London dan penaja anda. Penting untuk urusan anda sepanjang belajar di sini.


6. Akaun bank. Kami sangat-sangat menggalakkan anda untuk membuka akaun Islamik Lloyds. Anda boleh berbuat demikian semasa program induction. Insya-Allah anda akan selamat dari riba’. Setelah selesai beri butiran akaun pada pihak penaja untuk urusan elaun.


7. Daftar diri anda di klinik berhampiran. Penting untuk urusan kesihatan anda lebih-lebih lagi berikutan penularan wabak H1N1 sekarang ini.


8. Minta nasihat senior-senior anda untuk urusan pembelian duvet (selimut tebal) dan alatan masak. Sesetengah accomadation tidak menyediakan duvet dan bantal. Dua bahan ini perlu dimiliki segera.


9. Jangan risau akan soal masak-memasak dalam masa terdekat kerana anda kemungkinan tiba di UK semasa bulan puasa. Buka puasa di masjid sahaja setiap hari. Jimat wang anda.

Warga Cardiff mengucapkan selamat berangkat, selamat maju jaya dan selamat menempuh Ramadan Kareem!

Credit to mycf10/co.uk

No comments: