بسم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum w.b.t
Assalammualaikum w.b.t
artikel yang sangat menarik daripada Ustaz Hasrizal, http://saifulislam.com/?p=2579. ada banyak pengajaran yang boleyh diambil. antara isi penting yang ingin ditekankan adalah;
1. Ramai anak2 muda keliru antara ukhuwwah dan taasub berkumpulan.
2. ukhuwwah; “sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara..” [Al-Hujuraat, 49:10].
2a. menghasilkan manusia yang mampu berinteraksi serta berhubung dan memesrakan diri dengan manusia yang lain… cukup dengan alasan iman.
3. bukan ukhuwwah; suatu kemesraan yang terhad kepada sesama ahli kumpulan
3a. Mereka mesra sesama mereka tetapi tidak dengan orang yang berada di luar lingkungan kumpulan mereka. Orang lain akan hanya dapat menikmati kemesraan itu jika ia diterima sebagai ahli kumpulan tersebut. Tiada kemesraan di antara insiders dengan outsiders.
4. Jika agenda Tarbiyah mencetuskan kemesraan hanya kepada sesama ahli kumpulan, kemudian dingin dan hambar dengan orang luar, maka ia adalah pseudo-ukhuwwah. Persaudaraan yang palsu,..
4a. ..kerana kemesraan itu harus mampu berkembang dan mendatangkan upaya untuk mereka bergaul, berhubung dan berinteraksi dengan orang lain juga. Tiada duo-personaliti. Mesra dengan teman, hambar dengan kenalan!
Moh kita sama2 meneliti diri yakni bermuhasabah. Moga kita sama2 dapat mengelakkan diri daripada tertipu dengan ukhuwwah yang bukan ukhuwwah. +)
No comments:
Post a Comment