Monday, 12 April 2010

Tazkirah ringkas

بسم الله الرحمن الرحيم

Sesungguhnya, kehidupan manusia bergantung kepada penggunaan masanya. Masa menjadi saksi terhadap berjaya atau gagalnya manusia, untung atau ruginya mereka. Rasanya pernyataan ini jelas dan tidak boleh disangkal apatah lagi kita mengerti masa yang berlalu takkan bisa kembali lagi. Atas sebab itulah, wajar untuk kita mengambil pengajaran daripada masa silam kita agar kita tidak mengulangi kesilapan yang sama dan agar kita dapat meningkatkan mutu kejayaan kita. insyaAllah.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Asr, ayat 1-3 yang bermaksud;
"Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."

Peri pentingnya masa turut tergambar melalui kata2 Rasulullah S.A.W yang menekankan agar kita manfaatkan 5 masa sebelum datang 5 masa seperti berikut;
  • Muda sebelum tua
  • Sihat sebelum sakit
  • Lapang sebelum sempit
  • Kaya sebelum miskin
  • Hidup sebelum mati
Tabiat buruk kebanyakan manusia adalah tidak mengetahui atau tidak menyedari matlamat kehidupan atas muka bumi~~agak2nya la, kenapa Allah S.W.T jadikan kita? adakah semata-mata untuk dilahirkan, dibesarkan, dididik, diberi pekerjaan, dikahwikan, diberi zuriat, bla.. bla.. bla.. dan akhir sekali, ditarik kembali segala nikmat terutamanya nyawa?

Pasti ada sesuatu yang istimewa sebagai asbab kita dilahirkan berbanding ribuan sperma lain yang tidak terpilih untuk bersenyawa dengan ovum ibu2 kita. Entah apalah yang telah kita janjikan dengan Allah S.W.T sebelum kita diberi keizinan untuk lahir ke dunia.. Allah Allah..

Terdapat kata2 orang bijak;
Menunda/menangguh amal perbuatan [kebaikan] kerana menantikan kesempatan yang lebih baik merupakan suatu tanda kebodohan yang mempengaruhi jiwa. Maka, janganlah kamu menunda/menangguh sampai besok apa yang dapat engkau kerjakan hari ini.

INGAT, antara dua nikmat yang seringkali manusia tertipu;
  • Nikmat sihat
  • Nikmat kelapangan
Semoga kita umat Islam terpelihara daripada penipuan2 yang dilakukan oleh nafsu kita sendiri [yang sememangnya memerlukan semangat juang yang super tinggi untuk menjinakkannya].
Allahumma ameen.

No comments: