Tuesday 5 October 2010

Freshers' Camp

بسم الله الرحمن الرحيم
"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti."
(Surah al-Hujurat, ayat 13)

Assalamu'alaikum w.b.t.





Buat pertama kalinya Cardiff Nusantara Network (CNN) akan menganjurkan program Cardiff Nusantara Freshers's Camp istimewa bagi menyambut kedatangan pelajar- pelajar baru yang menuntut di Cardiff University.

Sama ada anda Malaysian, Bruneian atau pun Indonesian, anda semua dijemput hadir.
Pelbagai ilmu dan pengisian rohani akan dikongsi sepanjang program ini. Bukan sahaja pelajar junior, malah pelajar senior juga dialu-alukan bagi membantu pelajar- pelajar baru.
Sesungguhnya Islam itu perniagaan yang menguntungkan,sedikit ilmu dikongsi akan dianugerahkan pahala tidak terhingga di akhirat nanti!

Tarikh: 9 & 10 oct 2010
Tempat: Dar Ul- Isra' Muslim Community Centre,
21-23 Wyeverne Road, Cathays CF24 4BG.
Masa: 8.30 pg

Makanan akan disediakan. Ayuh beramai- ramai kita berkampung membina ukhwah!
Tentatif program akan diberi pada esok pagi sebaik saja program bermula.
Tidak perlu utk bawa apa2 brg, cukuplah sekadar buku catatan. Kod pakaian adalah bebas dan menutup aurat.


Izwan Abdul Lateh (izwan _orochi@yahoo.co.uk)
(AJK promosi Cardiff Nusantara Freshers's Camp)

No comments: