Cara perlaksanaan USRAH
Perjumpaan 1 HAID & NIFAS
Perjumpaan 2 Tafsir ayat Al-Quran
Perjumpaan ke-3 sambungan HAID & NIFAS
Perjumpaan ke-4 Tafsir ayat Al-Quran…dan berikutnya…
tajuk haid dan nifas akan diselang2 dgn usrah tafsir ayat Al-Quran supaya kita boleh meluaskan lagi skop ilmu kita…Insyaallah…
First Session: Ice Breaking Activity
- Sesi ini dikendalikan oleh Ash. Setiap individu dikehendaki memilih satu alat tulis yang melambangkan diri masing2.
- Individu yg memilih alat tulis yang sama dikehendaki duduk bersama pasangan masing2 dan menceritakan tentang diri mereka kepada pasangan mereka. Cthnya, cerita pasal fav color, anak keberapa dalam adik beradik, dulu kolej mana, kenapa pilih alat tulis tuh, dah kawin ker belom, baper org anak dah ader…:p…dan sebagainya…
- Beritahu pasangan anda kenapa anda memilih alat tulis itu dan apakah sifat alat tulis itu yg represent diri anda.
Kesimpulan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi peluang kepada kita semua untuk lebih mengenali diri rakan2 kita. Walaupon kita dah kenal kawan kita tuh lama, x kiralah housemate ker, kawan satu course ker, jgn kita ambil mudah akan ukhwah yg telah terjalin. Masih banyak yang kita perlu belajar tentang sahabat kita supaya ukhuwah yg terjalin akan lebih utuh, mekar dan harum dibawah panji2 islam. Bak kata pepatah, yang indah itu budi, yg cantik itu bahasa…
Intro Usrah
Usrah bermaksud keluarga…Dari sudut istilah, usrah bermaksud kumpulan individu yg beriman dgn Allah S.W.T, berusaha tolong menolong antara satu sama lain untuk memahami dan mengahayati islam.
Sejarah Usrah
- Al-Ta’aruf (berkenalan)
- Al-Tafahum (bersefahaman)
- Al-Takaful (bantu membantu)
Adab-adab Usrah
- Niat - kerana ALLAH…bkn sbb nak makan ker, sebab nak coklat ker…:p…. (klik untuk link kpd Hadith ttg niat)
- Menepati MASA - Dalam surah Al-Asr, ALLAH bersumpah demi masa… ini menunjukkan betapa Allah amat memandang berat tentang kepentingan masa sehingga Allah bersumpah demi masa itu sendiri…even di padang mahsyar nanti pon kita akan ditanya kemana kita habiskan masa muda kita…
- Masuk bagi salam…n seelok2nya berwudhu’ dahulu sblm ke usrah…
- Bawa buku catitan dan pen….ilmu itu ibarat burung…kurunglah ia dgn tulisan2mu..
- Bila dah abis usrah, marilah kita bersalam-salaman sambil berselawat ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W
Wallahu'alam... nampak panjang.. tp sebenarnya sekejap je sesi ni... sebelum naikkan 'kehangatan' berusrah...
1 comment:
Tiada kata seindah budi,
Budi bahasa penghias bicara,
TIada bicara seindah janji,
Janji kepadaNYA taat setia...
Post a Comment