Study Room 1 (BIOSCIENCE LIBRARY)
PERMASALAHAN HAID & NIFAS >PART I<
1. Haid : Darah yang keluar dalam keadaan kita sihat.
Ia lain dari darah fasih. Darah fasih ialah darah yang keluar apabila kita melakukan aktiviti2 berat dan lasak seperti berenang, bersukan dll
2. Nifas : Darah yang keluar selepas bersalin.
Betul-betul slps bersalin dipanggil wiladah & selepas wiladah ialah Nifas.
3. Istihadhah : Darah yang keluar bkn semasa haid atau nifas
*HAID
A) HITAM
- Bau kuat
- Bau wangi/ kurang bau/tidak busuk
- Hitam bersalut merah
B) MERAH
- Bersalut hitam :- Bau busuk, pekat (selalunya krn penyakit)
- Bersalut hitam :- Bau wangi/kurang bau, pekat
- Bersalut hitam :- Bau wangi, cair
- Merah biasa
C) COKLAT KEEMASAN
D) KUNING
E) KERUH
Syarat2 yang dikatakan Haid
- Keluar waktu sihat.
- Sekurang-kurangnya 24 jam (kurang 24 jam bukan haid, kalu tinggal solat if darah keluar less than 24 hours maka solat itu perlu diganti)
- Maksimum haid ialah 15 hari.
- Minimum hari suci ialah 15 hari.
Paling sedikit ialah 40 hari dan paling banyak ialah 60 hari. Jika wanita itu nifas kemudian berhenti satu hari, kemudian datang haid, maka solatnya tidak perlu diganti.
Perkara2 yang Haram sewaktu Haid dan Nifas
- Solat.
- Tawaf.
- Memegang Al-Quran (tapi kalau Al-Quran dalam bag dan niat untuk angkat bag tak apa)
- Ambil wudhu niat utk solat.
- Baca Al-Quran dgn niat membacanya.
- Puasa.
- MAZHAB SYAFIE : tidak boleh berjalan di dalam masjid kerana takut mengotori masjid.
- Berjimak.
- Talak. (Talak yang dikenakan jatuh tetapi org itu berdosa.
2 comments:
Salam.
Sedikit tambahan tentang penelitian Sheikhul Islam Al-Imam Asy-Syafi'e, pakar Fiqh.
Suatu ketika, tatkala beliau telah selesai mengimami solat jemaah, beliau ditegur oleh adiknya sendiri dengan perasaan yg tidak puas hati...yang lebih kurg berbunyi..
"mengapakah solat yg kamu imami tadi kotor dengan darah haid?!"
Imam As-Syafi'e curiga lalu menanyakan tentang kepastian adiknya. Adiknya pula mengiyakan apa yg telah dikatakannya. Imam Asy-Syafi'e kemudian menjawab...
"sesungguhnya aku ketika solat tadi sedang memikirkan tentang Fiqh darah haid". Adiknya terus tidak berpuas hati lalu solat buat kali kedua menggantikan solat yg telah ditunaikan tadi.
(tiada pengajaran yg penting berkaitan dgn topic usrah anda, cuma peristiwa yg berlaku selepas itu, Imam Syafi'e terfikir bahawa dia terlalu memikirkan tentang Fiqh sesuatu isu, tetapi kurang penekanan terhadap penghayatan ilmu yg difikirkan......kemudian beliau keluar dan bersendirian & menguasai ilmu tasauwuf selama berbelas tahun....setelah itu, Kitab Ihya' Ulumuddin pun terhasil)
allahu'alam
syukran... isu ni mmg besar sebenarnya.. sbb berkait rapat dgn ibadat.. even yg muslimat sendiri pun perlu byk belajar.. muslimin pon apa salahnya kan? utk kegunaan di masa hadapan bila dh berumah tangga kelak.. =)
Post a Comment