Thursday, 30 November 2006

Usrah 2

PERTEMUAN KEDUA 29/11/2006 1330-1430
Study Room 4 (BIOSCIENCE LIBRARY)

TAFSIR SURAH AL-FATIHAH
Dibawakan khas oleh Sakinah Mohamad..

Introduction

Surah ini dikenali dgn pelbagai nama.
  • Al-Fatihah yg bermaksud "Pembuka Al-Quran (The Opener of the Book)"
  • Umm Al-Kitab yg bermaksud "Ibu Al-Quran (Mother of the Quran)"
  • Al-Hamd
  • As-Salah (kerana kewajipan membaca surah ini di dlm solat)
  • Ash-Syifa bermaksud "Penyembuh (The Cure)"
  • Ar-Ruqyah bermaksud "Remedy"

Terjemahan keseluruhan

Tafsiran ayat 1
Walaupun ada pelbagai khilaf mengatakan bahawa adakah 'Bismillah' termasuk dlm ayat2 dlm surah ini, pendapat yg plg arjah (terkuat) mengatakan Kalimah ini merupakan salah satu dr 7 ayat surah Al-Fatihah.

“Sesungguhnya Kami telah kurniakan kepadamu tujuh ayat dari ayat-ayat yang diulang-ulangkan bacaannya dan al-Qur'anul 'Azim" (Al-Hijr:87)

Memulakan sesuatu dgn nama Allah merupakan satu adab yg diwahyukan oleh Allah melalui wahyu yg pertama lagi.

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan" (Al-'Alaq:1)

Memulakan sesuatu dengan nama Allah yang mengandungi maksud mentauhidkan Allah dan beradab sopan dengan-Nya itu merupakan dasar pokok dalam kefahaman Islam.

Ar-Rahman = Pemurah kepada semua makhluk tak kira org Islam / kafir / binatang (lbh merujuk kpd nikmat dunia)
Ar-Rahim = Pengasih / Penyayang (nikmat di akhirat khas untuk org yg beriman)


Tafsiran ayat 2

"Segala puji-pujian bagi Allah...." merupakan kalimah yg melambangkan rasa syukur hati seorang mu'min apabila teringat kpd Allah SWT. Dari situ, membangkitkan rasa kesanjungan terhadap segala nikmat yg telah diberi oleh Allah dan kweujudkan rasa kerdil dalam diri kita. Kerana itu kalimah "Alhamdulillah" juga merupakan salah satu dari dasar-dasar kefahaman Islam secara langsung.

"......Tuhan yang memelihara sekelian alam" juga menjadi dasar kepercayaan dalam Islam.

Ar-Rabb: tuan yg mempunyai kuasa penuh atas segala-gala yg dimiliki-Nya / pendidik / pemelihara. ie: alam. Ar-Rabb merupakan satu kata-kata yg berbentuk penegasan.

Ilah - sesuatu yg dituju kepada-Nya / yg dicurah syg / definisinya sgt luas ttp untuk org Islam hanyalah Allah tmpt yg kita tuju / curah sayang

Al-'Alamin dijamakkan (dr perkataan 'Alam) merujuk kepada segala2 benda yg ada di langit, bumi, planet2 lain, cakerawala etc etc.


Tafsiran ayat 3

Menonjolkan dua sifat Allah: Ar-Rahman (Yang Maha Penyayang) dan Ar-Rahim (Yang Maha Pengasih). Diulang lagi di tengah2 ayat bagi menegaskan lagi konsep Rububiyyah Allah yg mutlak dan sempurna.

Di sini Allah meyatakan pula sifatnya "Yang Maha Penyayang" dan "Yang Maha Pengasih" sbg satu encouragement selepas konsep penegasan dlm ayat sebelum ini. (refer kpd Ar-Rabb)

Yang lain2 seperti ayat 1


Tafsiran ayat 4

Direct translation:

Maliki = Raja
Yaum = Hari
Ad-Din = Agama

Mempercayai Hari Akhirat merupakan konsep akidah yg besar. Kerana ada sesetengah org yg mempercayai bahawa alam dicipta oleh Allah tetapi tidak mempercayai kewujudan Hari Pembalasan. Ada beberapa ayat Quran yg menceritakan perihal ini:

"Bahkan mereka hairan kerana mereka telah didatangi seorang Rasul yang memberi peringatan dari kalangan mereka sendiri, lalu berkatalah orang-orang kafir: "Ini adalah suatu perkara yang amat aneh. "Apakah setelah kami mati dan menjadi tanah (kami akan dihidupkan kembali)? Itu adalah suatu perkembalian yang amat jauh." (Surah Qaf: 2-3)

2 proses Hari Kiamat
  • Proses kehancuran (tiupan sangkala pertama oleh Malaikat Israfil):
Berlaku di dunia. Laut muntahkan khazanahnya, bukit terbelah dan berlaga, bumi merekah, gempa bumi berleluasa. Hampur semua org mempercayainya. Cth: saintis buat kajian ttg umur matahari dan berapa lama boleh bertahan. Jadi semua org tahu dan boleh menerima bahawa sesuatu benda itu akan hancur.

  • Proses kebangkitan (tiupan sangkala kedua oleh Malaikat Israfil)
Dikatakan jarak antara kedua2 tiupan sangkala ini ialah 40 thn. (ada banyak tafsiran ttg interval ini). Walau bagaimanapun tdk semua percaya proses ini akan berlaku kerana tidak nampak / tak dpt dibayang oleh akal.

Proses ini berlaku di akhirat di mana semua dibangkitkan. Akan bergema kalimah 'La ilaha illallah' di mana semua akan merasa insaf. Pada masa itu, masing2 hanya memikirkan perihal diri masing2 tanpa mempedulikan keadaan sekitar atau org lain.

Menunggu proses hisab merupakan sesuatu yg menyeksakan. Namun bagi yg beriman, ada kelebihannya, tak terasa seksa seperti yg lain. (jadi mari berusaha jd hamba yg beriman yee.. bayangkan menunggu untuk dihisab dgn matahari sejengkal di atas kepala..)

Tanda-tanda kecil Hari Kiamat
  • Refer Hadith 2 (ttg hamba melahirkan tuan, org miskin berlumba2 membina bangunan tinggi)
Tanda-tanda besar Hari Kiamat
  • Kemunculan Imam Mahadi
  • Turunnya Nabi Isa
  • Bumi berasap
  • Keluar Dajjal
  • Keluar Daabah (makhluk melata keluar dr perut bumi)
  • Keluar Yaajud dan Maajuj
Hari Kiamat hanya dirasai oleh org yg tidak mempunyai iman, kerana orang2 beriman akan ditarik nyawanya terlebih dahulu. (sekali lagi seruan, mari berusaha utk jd org beriman yee... kerana Hari Kiamat itu amat dasyat)


Tafsiran ayat 5

Selalunya dalam tatabahasa B. Arab, Iyyaka biasanya diletakkan di penghujung ayat, tp disini diletak di depan ayat untuk menonjolkan konsep tawkid (penegasan). "hanya kepada Engkau.."

Susunan seterusnya diletakkan Na'budu (disembah) terlebih dahulu sebelum Nasta'in (memohon pertolongan). Memanglah secara logiknya, perlulah disembah dahulu (beribadat, berbaik2) sebelum meminta pertolongan dr Allah. (even sesama makhluk sendiri pun kita berbaik2 dahulu sblum meminta apa2 pertolongan)

Kesimpulannya, susunan ayat ini amat indah, di mana konsep penegasan berada di hadapan ayat (untuk menambah kan lagi ketegasannya), supaya kita menyembah Allah, dan selepas itu barulah memohon hajat..


Tafsiran ayat 6

Jalan yg lurus : Jln yg benar, yg boleh memberi kebahagian di dunia dan akhirat.
Apakah jalan yg lurus itu?? Jawapanya ada pada ayat seterusnya...


Tafsiran ayat 7

Kita meminta jalan yg diberikan kpd org2 yg diberi nikmat (Nabi2 dan org beriman)
bukan lah jalan org2 yg dimurkai (Yahudi / Nasrani)


Daripada Sohih Muslim, apabila seorang hamba membaca ayat-

1:Allah membalas, "Hamba-Ku memuji-Ku"
2:Allah membalas, "Hamba-Ku telah memberi penghormatan / sanjungan kepada-Ku"
3:seperti ayat 1
4:Allah membalas, "Hamba Ku telah mengagung2kan Ku"
5:Allah membalas, "Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-Ku, dan hamba-Ku akan mendapat apa yg dipohon kepada-Ku"
6:Allah membalas, "Ini adalah untuk hamba-Ku, dan Aku akan memberi apa yg diminta-Nya."


Kesimpulan
  1. Al-Fatihah mempunyai kebesaran/rahsia sehinggakan Allah menjawab setiap apa yg kita baca.
  2. Surah ini mempunyai dasar-dasar akidah yg asasi dlm kefahaman Islam.
  3. Mengandungi doa2 kepada Allah.

p/s: Alhamdulillah, kehadiran kali ni lebih memberansangkan daripada pertemuan yang lepas.. ^_^ Semoga ‘keluarga’ ini akan dapat memberikan manfaat yg lebih buat kita.. InsyaAllah..

Maaf, sesetengah ayat tak dpt diupload, blogger ni ada masalah pulak.. tp tak ape, refer pada surah full yg kat atas sekali tu... jzzkllh...

Usrah 1

PERTEMUAN PERTAMA 15/11/2006 1400-1500 p.m
Study Room 1 (BIOSCIENCE LIBRARY)

PERMASALAHAN HAID & NIFAS >PART I<

Ada 3 jenis darah yang keluar dari wanita

1. Haid : Darah yang keluar dalam keadaan kita sihat.
Ia lain dari darah fasih. Darah fasih ialah darah yang keluar apabila kita melakukan aktiviti2 berat dan lasak seperti berenang, bersukan dll

2. Nifas : Darah yang keluar selepas bersalin.
Betul-betul slps bersalin dipanggil wiladah & selepas wiladah ialah Nifas.

3. Istihadhah : Darah yang keluar bkn semasa haid atau nifas

Imam Syafie adalah antara imam yang mengkaji tentang permasalahan darah2 haid, nifas dan istihadhah. Lain mazhab, lain cara pengiraannya.

Dalam mazhab Syafie, apabila darah haid itu hendak keluar, maka ia tidak boleh ditahan2. Jika wanita itu berpuasa maka batallah puasanya tetapi dalam mazhab hanafi, darah haid boleh ditahan dari keluar (contohnya kalu dah nak dekat waktu berbuka, rasa dah nak keluar darah haid, maka mengikut mazhab hanafi, darah itu boleh ditahan dari keluar dan puasa wanita itu tidak batal). Tapi since kita semua beramal dgn mazhab syafie, so kita pegang pada mazhab syafie, x boleh lah ikut2 mana2 mazhab lain tanpa memahami hujah2 yg diberikan oleh imam2 dr mazhab lain…

*HAID

Ada 5 kategori darah haid. (Kategori ini disusun mengikut kekuatan darah)

A) HITAM

  1. Bau kuat
  2. Bau wangi/ kurang bau/tidak busuk
  3. Hitam bersalut merah

B) MERAH

  1. Bersalut hitam :- Bau busuk, pekat (selalunya krn penyakit)
  2. Bersalut hitam :- Bau wangi/kurang bau, pekat
  3. Bersalut hitam :- Bau wangi, cair
  4. Merah biasa

C) COKLAT KEEMASAN

D) KUNING

E) KERUH


Syarat2 yang dikatakan Haid

  1. Keluar waktu sihat.
  2. Sekurang-kurangnya 24 jam (kurang 24 jam bukan haid, kalu tinggal solat if darah keluar less than 24 hours maka solat itu perlu diganti)
  3. Maksimum haid ialah 15 hari.
  4. Minimum hari suci ialah 15 hari.


* NIFAS

Darah yang keluar selepas bersalin.

Paling sedikit ialah 40 hari dan paling banyak ialah 60 hari. Jika wanita itu nifas kemudian berhenti satu hari, kemudian datang haid, maka solatnya tidak perlu diganti.

Perkara2 yang Haram sewaktu Haid dan Nifas
  1. Solat.
  2. Tawaf.
  3. Memegang Al-Quran (tapi kalau Al-Quran dalam bag dan niat untuk angkat bag tak apa)
  4. Ambil wudhu niat utk solat.
  5. Baca Al-Quran dgn niat membacanya.
  6. Puasa.
  7. MAZHAB SYAFIE : tidak boleh berjalan di dalam masjid kerana takut mengotori masjid.
  8. Berjimak.
  9. Talak. (Talak yang dikenakan jatuh tetapi org itu berdosa.

Haid dan nifas PART II bersambung dalam usrah yang berikutnya…

Introduction

Cara perlaksanaan USRAH

Perjumpaan 1 HAID & NIFAS
Perjumpaan 2 Tafsir ayat Al-Quran
Perjumpaan ke-3 sambungan HAID & NIFAS
Perjumpaan ke-4 Tafsir ayat Al-Quran…dan berikutnya…

tajuk haid dan nifas akan diselang2 dgn usrah tafsir ayat Al-Quran supaya kita boleh meluaskan lagi skop ilmu kita…Insyaallah…


First Session: Ice Breaking Activity

  1. Sesi ini dikendalikan oleh Ash. Setiap individu dikehendaki memilih satu alat tulis yang melambangkan diri masing2.
  1. Individu yg memilih alat tulis yang sama dikehendaki duduk bersama pasangan masing2 dan menceritakan tentang diri mereka kepada pasangan mereka. Cthnya, cerita pasal fav color, anak keberapa dalam adik beradik, dulu kolej mana, kenapa pilih alat tulis tuh, dah kawin ker belom, baper org anak dah ader…:p…dan sebagainya…
  1. Beritahu pasangan anda kenapa anda memilih alat tulis itu dan apakah sifat alat tulis itu yg represent diri anda.

Kesimpulan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi peluang kepada kita semua untuk lebih mengenali diri rakan2 kita. Walaupon kita dah kenal kawan kita tuh lama, x kiralah housemate ker, kawan satu course ker, jgn kita ambil mudah akan ukhwah yg telah terjalin. Masih banyak yang kita perlu belajar tentang sahabat kita supaya ukhuwah yg terjalin akan lebih utuh, mekar dan harum dibawah panji2 islam. Bak kata pepatah, yang indah itu budi, yg cantik itu bahasa…

Intro Usrah

Usrah bermaksud keluarga…Dari sudut istilah, usrah bermaksud kumpulan individu yg beriman dgn Allah S.W.T, berusaha tolong menolong antara satu sama lain untuk memahami dan mengahayati islam.

Sejarah Usrah

Bermula pada zaman Rasullah S.A.W apabila pemeluk agama islam meningkat kepada 30 lelaki dan wanita. Rasulallah telah memilih rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam sebagai tempat untuk menjalankan usrah.

Rukun Usrah

  1. Al-Ta’aruf (berkenalan)
  2. Al-Tafahum (bersefahaman)
  3. Al-Takaful (bantu membantu)

Adab-adab Usrah

  1. Niat - kerana ALLAH…bkn sbb nak makan ker, sebab nak coklat ker…:p…. (klik untuk link kpd Hadith ttg niat)
  1. Menepati MASA - Dalam surah Al-Asr, ALLAH bersumpah demi masa… ini menunjukkan betapa Allah amat memandang berat tentang kepentingan masa sehingga Allah bersumpah demi masa itu sendiri…even di padang mahsyar nanti pon kita akan ditanya kemana kita habiskan masa muda kita…
  1. Masuk bagi salam…n seelok2nya berwudhu’ dahulu sblm ke usrah…
  1. Bawa buku catitan dan pen….ilmu itu ibarat burung…kurunglah ia dgn tulisan2mu..
  1. Bila dah abis usrah, marilah kita bersalam-salaman sambil berselawat ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W


Wallahu'alam... nampak panjang.. tp sebenarnya sekejap je sesi ni... sebelum naikkan 'kehangatan' berusrah...

Monday, 20 November 2006

Ahlan Wa Sahlan..

Alhamdulillah, wujud juga blog ini akhirnya.. Dah lama berkira2 hendak mewujudkan blog ni.. tak terbuat2.. sudahnya 1 sesi usrah telah berlangsung dan 1 lagi bakal berlangsung di kalangan Muslimah minggu hadapan, hari ini barulah blog ini berhasil.. rentetan dr kewujudan Malaysian Muslim Circle in Cardiff (cf-10 blog), biarlah kaum mulsimah juga ada blog sendiri.. mungkin ada yg segan ke nak bergebang di blog kaum muslimin..