Assalamualaikum semua...Pertama sekali kami di MMC memohon seribu kemaafan atas 'kebekuan' pengisian sepanjang cuti musim panas yang lalu. Memandangkan Autumn semester akan bermula tidak, Insya Allah, team MMC akan cuba mengembalikan kehangatan blog MMC ini.
Kami di MMC juga ingin mengucapkan selamat kembali kepada pelajar-pelajar Cardiff University yang akan menyambung kembali pelajaran bagi semester baru. Semoga cuti musim panas yang lalu telah menyuntik semangat untuk kembali berjuang di Bumi Cardiff. MMC juga mengucapkan selamat datang, kepada adik-adik 1st year yang akan memulakan perjalanan hidup mereka di Cardiff yang tercinta ini. Insya Allah, jika kita sentiasa memohon kepada-Nya dan saling membantu antara satu sama lain, Dia Yang Maha Esa akan memudahkan perjuangan hamba-hambaNya.
Insya Allah, seperti tahun-tahun yang lalu MMC dan Malaysian Muslim Circle akan menganjurkan pelbagai aktiviti pada setiap hujung minggu. Antara aktiviti yang telah dirancang untuk tahun ini adalah:
Insya Allah, dengan kerjasama semua pihak di Cardiff, aktiviti-aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan lancar. Semoga Allah sentiasa meredhai dan memudahkan urusan dunia dan akhirat hamba-hambaNya.
Sementara itu, kita sekarang sedang berada di fasa ke-tiga bulan Ramadhan. Pada waktu-waktu terakhir Ramadhan ini, kita telah dijanjikan bahawa adanya satu malam yang lebih baik dari seribu. Itulah malam yang menjadi idaman kita iaitu Lailatul Qadr.
Firman Allah swt :
2. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadr itu?
3. Malam Lailatul-Qadr lebih baik daripada seribu bulan.
4. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);
5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
( Surah al Qadr . Ayat : 1 – 5 )
وَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ اْلقَدْرِ إِيْمَانًا وَ احْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ .
( Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim )
Insya Allah, pada detik-detik terakhir ini, marilah kita bersama-sama meningkatkan lagi amal ibadat yang telah kita laksanakan sebelum ini. Semoga Ramadhan ini, Allah mengampunkan hambaNya yang lalai dan lupa ini. Semoga Ramadhan ini, Allah melembutkan hati-hati yang keras agar sentiasa tunduk kepada perintah-Nya. Semoga Ramadhan ini Allah menjernihkan hati-hati yang diselaputi rasa iri hati terhadap orang lain, dan semoga Allah mendekatkan kembali hati-hati yang semakin jauh daripada-Nya. Mohonlah agar Ramadhan ini bukannya Ramadhan terakhir dalam kehidupan di dunia ini. Ameen.
Kami di MMC juga ingin mengucapkan selamat kembali kepada pelajar-pelajar Cardiff University yang akan menyambung kembali pelajaran bagi semester baru. Semoga cuti musim panas yang lalu telah menyuntik semangat untuk kembali berjuang di Bumi Cardiff. MMC juga mengucapkan selamat datang, kepada adik-adik 1st year yang akan memulakan perjalanan hidup mereka di Cardiff yang tercinta ini. Insya Allah, jika kita sentiasa memohon kepada-Nya dan saling membantu antara satu sama lain, Dia Yang Maha Esa akan memudahkan perjuangan hamba-hambaNya.
Insya Allah, seperti tahun-tahun yang lalu MMC dan Malaysian Muslim Circle akan menganjurkan pelbagai aktiviti pada setiap hujung minggu. Antara aktiviti yang telah dirancang untuk tahun ini adalah:
1. Usrah gabungan Postgrad (PG) dan Undergrad (UG)
2. Kuliah hujung minggu (Tafsir, Sirah, Ibadah)
3. Usrah Muslimat UG
2. Kuliah hujung minggu (Tafsir, Sirah, Ibadah)
3. Usrah Muslimat UG
Insya Allah, dengan kerjasama semua pihak di Cardiff, aktiviti-aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan lancar. Semoga Allah sentiasa meredhai dan memudahkan urusan dunia dan akhirat hamba-hambaNya.
Sementara itu, kita sekarang sedang berada di fasa ke-tiga bulan Ramadhan. Pada waktu-waktu terakhir Ramadhan ini, kita telah dijanjikan bahawa adanya satu malam yang lebih baik dari seribu. Itulah malam yang menjadi idaman kita iaitu Lailatul Qadr.
Firman Allah swt :
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadr,
2. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadr itu?
3. Malam Lailatul-Qadr lebih baik daripada seribu bulan.
4. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);
5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
( Surah al Qadr . Ayat : 1 – 5 )
وَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ اْلقَدْرِ إِيْمَانًا وَ احْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ .
“Dan barangsiapa yang mendirikan (ibadah) pada malam lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan penghayatan (mengharapkan redha Allah) nescaya diampunkan baginya segala dosa–dosanya yang telah lalu."
( Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim )
No comments:
Post a Comment