20 Mac 2011
Forum Perdana Hal Ehwal Islam mengambil tempat di UCL, sebuah universiti yang sy kira sangat menarik dek infrastrukturnya. Kat sini ada tempat meletak basikal yang sangat unik tapi maaf sy lupa nak ambik gambar. Surau kat uni ini pun memang luas kalau dibandingkan dengan surau yang sy selalu gunakan ketika berada di school.
Baek, kita bercerita tentang forum. Sejujurnya, sy tak rasa ngam dengan forum tersebut. Mungkin disebabkan itulah kali pertama sy hadir dalam suatu program yang dirakam untuk TV. Dunia yang penuh kepura-puraan. Soklan2 daripada penonton pun telah disediakan pihak penganjur. Haish.. Maaf, ini hanyalah pandangan peribadi sy.
2 panelis hebat adalah Ustaz Zaharuddin dan Dr. Maza manakala moderatornya adalah Ustaz Erfino. Slot pertama forum dalam bahasa Melayu berkisarkan peranan pemuda dalam memangkin kegemilangan ummah. Dinyatakan bahawa golongan pemuda sentiasa ada untuk berjuang dalam setiap zaman namun tenggelam dek populariti golongan pemerintah.
- Takrifan kegemilangan harus diberi nafas baru kerna ia adalah suatu penelitian terhadap usaha kita dalam menempah kejayaan di akhirat dan bukanlah berpaksikan pandangan barat yang sentiasa meletakkan dunia sebagai ukuran kejayaan. Sebagai contoh, barat meletakkan kejayaan sesebuah negara berdasarkan nilai KDNK maka bertungkus-lumuslah pelbagai negara ingin mencapai kadar yang terbaik demi untuk mendapat pengiktirafan duniawi. Harus diingat, agamalah yang sepatutnya dijadikan tumpuan utama dan bukanlah sebagai agenda sisi semata-mata.
- Kelebihan orang muda adalah kemampuan mereka dalam menetapkan pendirian dan dalam menghadapi cabaran. Namun atas faktor pengalaman yang kurang, adalah penting agar orang muda bermesyuarat dan meminta pandangan pakar2 sebelum mengutarakan pandangan secara sewenang-wenangnya. Kita tak mahu orang muda tergolong sebagai ruwaibida’. sy kurang jelas maksud ruwaibida' dan mengalu-alukan penjelasan daripada sahabat2. Secara kasarnya, ruwaibida’ adalah manusia lekeh yang bercakap hal orang ramai sedangkan mereka tak mempunyai pengetahuan yang jelas tentangnya.
- Golongan yang lebeyh berusia seharusnya bertindak sebagai mentor asbab pengalaman yang lebeyh banyak. Dan ia adalah suatu manifestasi rantaian dakwah antara golongan tua dan golongan muda. Juga dinyatakan, pentingnya penyampaian ilmu kepada golongan muda kerna ia adalah suatu kesukaran untuk mengajar ‘trick’2 baru kepada orang2 lama. Semoga yang muda menghormati yang tua, yang tua mengasihi yang muda.
- Kita juga diseru untuk tidak bersikap takabbur yakni mereka yang menolak kebenaran dan memperlekehkan manusia. Berusahalah untuk menjadi golongan ulul albab, golongan yang diangkat dalam al-Quran. Golongan ini mempunyai pemikiran yang matang, di mana mereka mampu membaca semua pandangan dan maklumat serta mampu membuat penilaian yang tepat.
- Konklusi daripada slot bahasa Melayu ini adalah perlunya diperbetulkan ‘setting’ dalam pemikiran agar tumpuan & bajet yang lebeyh besar dalam negara diperuntukkan untuk membina peribadi & keimanan seseorang. Ini secara tidak langsung akan mengurangkan kadar rasuah, jenayah dan sebagainya. Golongan muda disarankan untuk menapis pelbagai maklumat yang bisa saja mengelirukan manakala golongan tua perlu memberi ruang kepada yang muda untuk menyuarakan pandangan.
Untuk slot bahasa Inggeris, mohon maaf kerna sy tak salin langsung. ^^” 2 panelisnya adalah Ustaz Maszlee dan Sir Iqbal Abdul Karim.
Selesai tamat rakaman, pihak penganjur memberi ruang untuk non-recorded questions to be asked to panelist. Soklan2 dalam sesi ini ada yang agak kontroversi jugak namun maaf sekali lagi, sy tak salin.
- Apapun, kedua-dua program pun sebenarnya sangat relevan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Dan haruslah kita ingat, ianya banyak menyentuh tentang kebangkitan Islam. Kita tahu dan kita yakin, Islam pasti menang & kita ingin menjadi sebahagian daripada proses kemenangan tersebut.
- Harus kita muhasabah juga, adakah kita sebenarnya sudah bersedia untuk mengisi kemenangan tersebut? Sebelum ni, kita berhujah bahawasanya tiada kemahuan untuk bersatu yang ditonjolkan jemaah2 telah menyumbang kepada lambatnya kemenangan Islam. Namun, tidakkah kita menyedari bahawasanya perilaku kita selaku ahli2 gerakan Islam itu juga yang mungkin melambatkan proses kemenangan Islam. Mungkin sahaja tahap peribadi kita sekarang ini belum bersedia untuk mengisi kemenangan Islam.
- Bagaimana dengan amal2 soleyh kita? Sempurnakah solat kita? Terjagakah pergaulan kita? Muhasabahlah kembali hubungan kita dengan-NYA, juga hubungan kita sesama manusia. Benar, kita tidak mengenepikan faktor manusiawi kita yang maseyh punya nafsu untuk dituruti namun janganlah faktor ini dijadikan alasan semata-mata. Bukankah kita perlu mengusahakan agar kita berjaya menguasai hawa nafsu kita? Maka, buktikanlah!! Ingat, janganlah kita sendiri yang menjadi fitnah terhadap perjuangan Islam lantas menjadi sokong yang membawa rebah!
- Menyeru orang lain ke arah kebaikan tanpa kita sendiri berbuat sedemikian hanya akan ditempelak oleyh-NYA.
“Wahai orang2 yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan. [Itu] sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa2 yang tidak kamu kerjakan.” [surah as-Saff, 2-3]
*Kita sendiri sedar di tahap mana diri kita. Ayuh bangkitlah golongan pemuda!! Bersiap-siagalah untuk mengisi kemenangan yang dijanjikan-NYA!!
*Terima kaseyh kepada para penganjur DUDE+SGT [warga York] dan Forum Perdana [warga London]. Moga Allah S.W.T memberkati segala usaha dan dipermudahkan usaha sedemikian pada masa akan datang. Allahumma ameen..
wallahualam~
No comments:
Post a Comment