Berubah untuk siapa? Kenapa? Bagaimana mahu berubah?
Adakah hanya bila tiba Ramadhan saatnya untuk berubah?
Namun, adalah di luar kemampuan kita sebagai manusia untuk mengubah masa lalu dan menentukan masa depan sesuai dengan harapan dan cita2 kita. Jika sudah termaktub sedemikian rupa, mengapa kita masih bersedih kerana sesuatu yang tidak mungkin kita ubah?
Saya ingin mengajak diri saya sendiri dan pembaca sekalian untuk mengamati bait2 mutiara kata yang berkisar mengenai perubahan. Semoga menjadi teladan berguna buat kita semua.
Aku tidak mungkin mampu mengubah sesuatu yang telah berlaku, sebagaimana aku tidak mampu menjangkakan apa yang bakal berlaku. Justeru itu, aku tidak perlu merasa terlalu bimbang dan terlampau gelisah!Alangkah bertuahnya, setiap keadaan yang menimpa orang mukmin itu sentiasa membawa perubahan kebaikan baginya. Ambillah pengajaran dari setiap kegagalan!Beralih dari yang buruk kepada yang baik merupakan satu perjuangan panjang dan sukar, namun di dalamnya terdapat kelegaan dan kepuasan.Berusaha dan berbahagialah hari ini, jangan menangguhnya hingga ke hari esok untuk melihat perubahan yang diidam-idamkan.Bersikap positif dan optimis pasti membawa perubahan dalam hidup. Jika hari ini kita menghadapi hal yang tidak baik, percayalah bahawa ianya akan berakhir, dan hari esok akan menyusul membawa khabar gembira dan kebahagiaan.Redhalah menghadapi kenyataan yang tidak boleh dielakkan, kerana kita akan terus menghadapi masalah yang tidak mampu kita ubah. Yang boleh kita lakukan ialah menghadapinya dengan sabar dan iman.
Wallahu'alam.
1 comment:
salam..blog awk tlah m'buatkn sya sdar akn ssuatu.. syukran.. :)
Post a Comment