Thursday, 30 November 2006

Usrah 2

PERTEMUAN KEDUA 29/11/2006 1330-1430
Study Room 4 (BIOSCIENCE LIBRARY)

TAFSIR SURAH AL-FATIHAH
Dibawakan khas oleh Sakinah Mohamad..

Introduction

Surah ini dikenali dgn pelbagai nama.
  • Al-Fatihah yg bermaksud "Pembuka Al-Quran (The Opener of the Book)"
  • Umm Al-Kitab yg bermaksud "Ibu Al-Quran (Mother of the Quran)"
  • Al-Hamd
  • As-Salah (kerana kewajipan membaca surah ini di dlm solat)
  • Ash-Syifa bermaksud "Penyembuh (The Cure)"
  • Ar-Ruqyah bermaksud "Remedy"

Terjemahan keseluruhan

Tafsiran ayat 1
Walaupun ada pelbagai khilaf mengatakan bahawa adakah 'Bismillah' termasuk dlm ayat2 dlm surah ini, pendapat yg plg arjah (terkuat) mengatakan Kalimah ini merupakan salah satu dr 7 ayat surah Al-Fatihah.

“Sesungguhnya Kami telah kurniakan kepadamu tujuh ayat dari ayat-ayat yang diulang-ulangkan bacaannya dan al-Qur'anul 'Azim" (Al-Hijr:87)

Memulakan sesuatu dgn nama Allah merupakan satu adab yg diwahyukan oleh Allah melalui wahyu yg pertama lagi.

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan" (Al-'Alaq:1)

Memulakan sesuatu dengan nama Allah yang mengandungi maksud mentauhidkan Allah dan beradab sopan dengan-Nya itu merupakan dasar pokok dalam kefahaman Islam.

Ar-Rahman = Pemurah kepada semua makhluk tak kira org Islam / kafir / binatang (lbh merujuk kpd nikmat dunia)
Ar-Rahim = Pengasih / Penyayang (nikmat di akhirat khas untuk org yg beriman)


Tafsiran ayat 2

"Segala puji-pujian bagi Allah...." merupakan kalimah yg melambangkan rasa syukur hati seorang mu'min apabila teringat kpd Allah SWT. Dari situ, membangkitkan rasa kesanjungan terhadap segala nikmat yg telah diberi oleh Allah dan kweujudkan rasa kerdil dalam diri kita. Kerana itu kalimah "Alhamdulillah" juga merupakan salah satu dari dasar-dasar kefahaman Islam secara langsung.

"......Tuhan yang memelihara sekelian alam" juga menjadi dasar kepercayaan dalam Islam.

Ar-Rabb: tuan yg mempunyai kuasa penuh atas segala-gala yg dimiliki-Nya / pendidik / pemelihara. ie: alam. Ar-Rabb merupakan satu kata-kata yg berbentuk penegasan.

Ilah - sesuatu yg dituju kepada-Nya / yg dicurah syg / definisinya sgt luas ttp untuk org Islam hanyalah Allah tmpt yg kita tuju / curah sayang

Al-'Alamin dijamakkan (dr perkataan 'Alam) merujuk kepada segala2 benda yg ada di langit, bumi, planet2 lain, cakerawala etc etc.


Tafsiran ayat 3

Menonjolkan dua sifat Allah: Ar-Rahman (Yang Maha Penyayang) dan Ar-Rahim (Yang Maha Pengasih). Diulang lagi di tengah2 ayat bagi menegaskan lagi konsep Rububiyyah Allah yg mutlak dan sempurna.

Di sini Allah meyatakan pula sifatnya "Yang Maha Penyayang" dan "Yang Maha Pengasih" sbg satu encouragement selepas konsep penegasan dlm ayat sebelum ini. (refer kpd Ar-Rabb)

Yang lain2 seperti ayat 1


Tafsiran ayat 4

Direct translation:

Maliki = Raja
Yaum = Hari
Ad-Din = Agama

Mempercayai Hari Akhirat merupakan konsep akidah yg besar. Kerana ada sesetengah org yg mempercayai bahawa alam dicipta oleh Allah tetapi tidak mempercayai kewujudan Hari Pembalasan. Ada beberapa ayat Quran yg menceritakan perihal ini:

"Bahkan mereka hairan kerana mereka telah didatangi seorang Rasul yang memberi peringatan dari kalangan mereka sendiri, lalu berkatalah orang-orang kafir: "Ini adalah suatu perkara yang amat aneh. "Apakah setelah kami mati dan menjadi tanah (kami akan dihidupkan kembali)? Itu adalah suatu perkembalian yang amat jauh." (Surah Qaf: 2-3)

2 proses Hari Kiamat
  • Proses kehancuran (tiupan sangkala pertama oleh Malaikat Israfil):
Berlaku di dunia. Laut muntahkan khazanahnya, bukit terbelah dan berlaga, bumi merekah, gempa bumi berleluasa. Hampur semua org mempercayainya. Cth: saintis buat kajian ttg umur matahari dan berapa lama boleh bertahan. Jadi semua org tahu dan boleh menerima bahawa sesuatu benda itu akan hancur.

  • Proses kebangkitan (tiupan sangkala kedua oleh Malaikat Israfil)
Dikatakan jarak antara kedua2 tiupan sangkala ini ialah 40 thn. (ada banyak tafsiran ttg interval ini). Walau bagaimanapun tdk semua percaya proses ini akan berlaku kerana tidak nampak / tak dpt dibayang oleh akal.

Proses ini berlaku di akhirat di mana semua dibangkitkan. Akan bergema kalimah 'La ilaha illallah' di mana semua akan merasa insaf. Pada masa itu, masing2 hanya memikirkan perihal diri masing2 tanpa mempedulikan keadaan sekitar atau org lain.

Menunggu proses hisab merupakan sesuatu yg menyeksakan. Namun bagi yg beriman, ada kelebihannya, tak terasa seksa seperti yg lain. (jadi mari berusaha jd hamba yg beriman yee.. bayangkan menunggu untuk dihisab dgn matahari sejengkal di atas kepala..)

Tanda-tanda kecil Hari Kiamat
  • Refer Hadith 2 (ttg hamba melahirkan tuan, org miskin berlumba2 membina bangunan tinggi)
Tanda-tanda besar Hari Kiamat
  • Kemunculan Imam Mahadi
  • Turunnya Nabi Isa
  • Bumi berasap
  • Keluar Dajjal
  • Keluar Daabah (makhluk melata keluar dr perut bumi)
  • Keluar Yaajud dan Maajuj
Hari Kiamat hanya dirasai oleh org yg tidak mempunyai iman, kerana orang2 beriman akan ditarik nyawanya terlebih dahulu. (sekali lagi seruan, mari berusaha utk jd org beriman yee... kerana Hari Kiamat itu amat dasyat)


Tafsiran ayat 5

Selalunya dalam tatabahasa B. Arab, Iyyaka biasanya diletakkan di penghujung ayat, tp disini diletak di depan ayat untuk menonjolkan konsep tawkid (penegasan). "hanya kepada Engkau.."

Susunan seterusnya diletakkan Na'budu (disembah) terlebih dahulu sebelum Nasta'in (memohon pertolongan). Memanglah secara logiknya, perlulah disembah dahulu (beribadat, berbaik2) sebelum meminta pertolongan dr Allah. (even sesama makhluk sendiri pun kita berbaik2 dahulu sblum meminta apa2 pertolongan)

Kesimpulannya, susunan ayat ini amat indah, di mana konsep penegasan berada di hadapan ayat (untuk menambah kan lagi ketegasannya), supaya kita menyembah Allah, dan selepas itu barulah memohon hajat..


Tafsiran ayat 6

Jalan yg lurus : Jln yg benar, yg boleh memberi kebahagian di dunia dan akhirat.
Apakah jalan yg lurus itu?? Jawapanya ada pada ayat seterusnya...


Tafsiran ayat 7

Kita meminta jalan yg diberikan kpd org2 yg diberi nikmat (Nabi2 dan org beriman)
bukan lah jalan org2 yg dimurkai (Yahudi / Nasrani)


Daripada Sohih Muslim, apabila seorang hamba membaca ayat-

1:Allah membalas, "Hamba-Ku memuji-Ku"
2:Allah membalas, "Hamba-Ku telah memberi penghormatan / sanjungan kepada-Ku"
3:seperti ayat 1
4:Allah membalas, "Hamba Ku telah mengagung2kan Ku"
5:Allah membalas, "Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-Ku, dan hamba-Ku akan mendapat apa yg dipohon kepada-Ku"
6:Allah membalas, "Ini adalah untuk hamba-Ku, dan Aku akan memberi apa yg diminta-Nya."


Kesimpulan
  1. Al-Fatihah mempunyai kebesaran/rahsia sehinggakan Allah menjawab setiap apa yg kita baca.
  2. Surah ini mempunyai dasar-dasar akidah yg asasi dlm kefahaman Islam.
  3. Mengandungi doa2 kepada Allah.

p/s: Alhamdulillah, kehadiran kali ni lebih memberansangkan daripada pertemuan yang lepas.. ^_^ Semoga ‘keluarga’ ini akan dapat memberikan manfaat yg lebih buat kita.. InsyaAllah..

Maaf, sesetengah ayat tak dpt diupload, blogger ni ada masalah pulak.. tp tak ape, refer pada surah full yg kat atas sekali tu... jzzkllh...

2 comments:

azad said...

Salam.

Sekadar berkongsi apa yg pernah dipelajari daripada guru2.

Rakan2 yg saya sayangi sekalian,
Mungkin kita semua, ataupun sebahagian, tahu tentang apa yg dimaksudkan terhadap perkataan 'ilah', taktau tanye yg lbey tau ye. Secara kasarnya ada 5 tujuan, berdasarkan kajian para ulama', iaitulah 1)matlamat ibadat, 2)pemberi rezeki, 3)sumber hukum, 4)tumpuan kecintaan, 5)pusat perundangan & kehakiman.

Yg saya nak berkongsi adalah tentang makna 'Allah' itu sendiri. Bukan sekadar 'Tuhan', malah lebih dari itu. Allah, di dalam Tafsir Ibn Kathir yg diterangkan As-Sheikh Dr Abdalla Yaasin, bererti, suatu nama yg menerangkan tentang suatu zat yg sempurna sesempurnanya...

Discussion nye panjang. Andai ada masa, sudi2lah merenungkan nya ye. moga selepas ini, ucapan "Subhanallah", "Alhamdulillah", "Allahu Akbar", "Astaghfirullah" & "La ilaha illa Allah" menjadi lebih bermakna.

allahu'alam

Suriani said...

syuran.. iA bakal diulas lbh panjang ttg maksud 'ilah' dan 'rabbi'.. ustazah sakinah pegi sekolah... moderator tak dtg usrah sbb keadaan x mengizinkan.. kena tggu sakinah pulang dulu baru dpt info.. =D